Friday, June 18, 2010

Amanah di bahuku...

Ya Allah!!! Terasa beratnya tanggungjawab ini... aku takut aku tidak dapat menggalas tanggungjawab ini dengan sempurna. Amanat ayah "jaga mak ngan adik elok2.. Kak Min ayah dah tak risau sbb dah pandai hidup sendiri".. Tapi mampukah aku? Marah aku sedikit pn adik tak endah.. Ya Allah, mgkin ini ujian buatku.. Tabahkanlah hatiku dalam menempuhi semua ini.. Ya Allah, aku pohon, kuatkanlah semangat aku dalam mendidik adikku menjadi insan berguna.. Kadang2, aku terasa aku telah gagal.. Usia adik sekarang, dia masih belum boleh membaca.. Ya Allah, terangilah hati adik agar dia boleh menerima ilmu dengan mudah...

Ya Allah, kini aku merasa bagaimana sukarnya mendidik seorang insan. Aku seperti putus asa sedangkan ayah tidak pernah rasa begitu sehinggalah nafas terakhirnya.. Aku ingin jadi seperti ayah.. Tabah dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk anak2nya.. Ya Allah, pengorbanan ayah terlalu besar.. Ampunkanlah segala dosanya dan tempatkanlah dia di sisi orang2 beriman...Aminn.. Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduinya..

Monday, June 14, 2010

Belajar dari sekolah kehidupan.. :)

Duhai sahabat sekalian.. Tabahlah kita dalam menghadapi segala liku kehidupan.. Pohonlah petunjuk dan bimbingan dari Yang Maha Esa agar menggerakkn hati kita ke jalan yang lurus lagi benar.. Jauhilah hati kita dari lalai akan perintah-Nya dan lupa akan rahmatNya.. Sahabat, ujian di dunia ini merupan ujian biasa sahaja.. Yakinlah, pasti ada kemanisan pada setiap yang berlaku.. Tuhan tidak akan menguji hambaNya sekiranya kita tidak mampu menempuhinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. Yakinlah bahawa kita insan terpilih untuk diuji.. Belajarlah dari sekolah kehidupan agar kita lebih berwaspada kelah dan yakinlah, ini merupakan cara bagi mendekatkan diri kita kepada-Nya.. Semoga kita dapat menggapai cinta Ilahi ini.. insya-Allah..aminn...

Sunday, June 13, 2010

rindu padanya...

Hari ni dah masuk 222 hari ayah telah meninggalkan kami sekeluarga... terasa baru semalam aku memeluk tubuhnya, terasa baru semalam aku bergurau dengannya, terasa baru semalam aku berkongsi cerita dengannya, dan terasa baru semalam aku mendengar ceramah 'free' darinya... seorang ayah yang tidak pernah kenal erti lelah mencari nafkah untuk keluarga dan mendidik anaknya demi menjadi insan berguna.

Betapa tabahnya ayah dalam mengharungi dugaan hidup ini..walaupun bertahun lamanya dia menanggung kesakitan, namun tulang empat kerat itu masih juga dia kerahkan demi memberikan pendidikan yang sempurna buat anak-anaknya... setiap hari aku mendengar suaranya di telefon walaupun aku jauh dari keluarga... kampus uitm itu menjadi saksi betapa semangatnya aku ingin belajar demi membalas jasa ayah.. tapi segalanya terhenti apabila ayah pergi menghadap Ilahi sewaktu aku menghadapi final exam buat sem pertama.. Aku seperti patah semangat..

Untuk apa aku belajar? Untuk apa aku lakukan yang terbaik dalam final? Untuk apa aku teruskan hidup? Untuk siapa lagi aku perjuangkan semua ini? Lantaran itu, aku telah sia-siakan final aku.. Semuanya sudah terlambat.. Janjiku pada ayah untuk dapatkan dekan tidak aku tunaikan..

Masuk sem 2..aku menangis setelah mak dan kakak pulang menghantarku.. Aku teringatkan seseorang...Seseorang yang tidak bersama menghantarku untuk meneruskan perjuangan ku di sini.. Dahulu aku boleh berbangga kerana ayah selalu bersamaku di mana jua, mengambil berat tentang anaknya ini.. hari2 menghubungiku tanpa jemu.. hari2 bertanyakan khabar.. kami seperti sepasang kekasih yang merindui teman hatinya.. tapi kini, ayah tiada lagi.. tiada lagi deringan telefon yang ku dapat dengan terteranya nama "lovely dad".. itu semua dulu.. dari situ, terdetiklah naluri kecil ini, aku perlu belajar demi ayah.

Ayah telah banyak bekorban demi aku dan keluarga. Tidakkah aku ingin membalas jasanya? Sudahkah ayah telah mewasiatkan agar aku menjaga mak, adik dan keluarga. Dari situ ku sedar, dengan ilmu sahaja aku mampu membela semula nasib keluargaku.. Aku tidak boleh bergantung terus pada kaka. Aku perlu hidup berdikari dan berusaha membantu kakak demi mencari sesuap rezeki..

Ya Allah, permudahkanlah urusan kehidupan kami dan rahmatilah serta lindungilah keluarga kami..Aku bermohon hanya-Padamu y Allah.. Sesungguhnya dugaan yang kau berikan ini hanyalah ujian kecil yang harus aku lalui.. Kuatkanlah semangat ku Ya Allah!!!