Saturday, June 25, 2011

Saat Lafaz Sakinah

Saat Lafaz Sakinah ni merupakan sebuah lagu yang tak sengaja aku dengar… aku saja je bukak you tube satu hari tu, taip la nama Sakinah, nak tengok ape yang ada… macam-macam ada, keluarga sakinah la… macam-macam la… tiba-tiba aku tertarik dengan lagu “Saat lafaz Sakinah” nyanyian kumpulan Far East… tak tahu la ape yang menarik sangat dengan lagu ni, aku pun klik la untuk tengok. Tiba-tiba, terFEELING la pulak dengar lagu ni… sebab aku teringat satu malam tu, saat aku, mimi dan ayah tengah tengok tv.. ntah macam mana ntah keluar topic pasal kawin… ayah cakap dia sendiri akan jadi wali nikah kami… dia tak nak serah kat wali hakim, dia nak lafazkan sendiri… ayah cakap “alah…bukan susah pun…cakap jer aku nikahkan dikau ……. Dengan anakku …. Dengan mas kahwin ….” Ayah siap buat gaya lagi, salam tangan aku…hahaha…kelakar la ayah ni… ni la yang sering diperkatakan... “Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan...” ayah tak sempat jadi wali kami… ayah pergi dulu mengadap Ilahi… aku akur dan redha ketentuan-Mu Ya Allah!!! Malam tu terus menjadi kenangan dalam hidup kami sekeluarga… moga ayah aman dan dirahmati di sana… ninah rindu ayah sangat-sangat….

Bersyukur...

Ya Allah… Alhamdulillah kerana telah megurniakan aku sebuah keluarga yang sangat-sangat istimewa… walaupun separuh dari ahli keluarga ku telah pun kembali kepada-Mu, namun aku masih ada mak, mimi dan nenon yang sentiasa berada di samping aku. Mereka merupakan kekuatan untuk aku teruskan hidup ini… sayang nya aku pada mereka, hanya Engkau sahaja yang tahu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu ya Allah, kau peliharalah hubungan kami sekeluarga. Hindarilah kami dari berpecah-belah, lindungilah kami sekeluarga dan cekalkanlah hati kami dalam menempuh kehidupan ini…

Papadom

Cerita papadom ni boleh dikatakan cerita yang paling aku suka… kenapa ye?? Setiap kali tengok cerita ni, aku mesti akan ingat pegorbanan ayah… watak Dom dalam cerita ni same macam ayah… berusaha apa sahaja untuk anak-anaknya.. malah sanggup bergadai nyawa untuk anak mereka… barulah aku tahu kenapa ayah sering melarang kami untuk buat sesuatu… bila dah besar ni barulah kami tau, rupa-rupanya ada yang kami tak tahu tentang dunia luar.. bayangkan kalau kami ingkar akan nasihat ayah, pasti kami akan hanyut… terima kasih ayah kerana mendidik kami dengan baik… tegas ayah bukanlah kerana bencikan kami, tapi kerana inginkan yang terbaik dari anak-anaknya… malangnya, pengorbanan ayah tu lambat untuk aku sedari. Lepas ayah tak ada, barulah aku tahu betapa besarnya pengorbanan ayah... bagi yang masih punyai ibu ayah, hargailah mereka dan sayangilah mereka selagi ada kesempatan… for my mom and dad, I love both of you soooooo muchhhh!!!! No doubt anymore….

Aku Tak Bodoh

Cerita ni dah lama la jugak, tapi baru jer aku tengok… biase la, baru ada kesempatan… cerita ni sangat-sangat best. Personally, aku rasa cerita ni betul-betul akan bagi impact bagi sesiapa yang menghayatinya. Memang aku tabik spring la dengan orang yang buat cerita ni.. cerita ni mampu mengubah pemikiran manusia dan menyedarkan akan kesilapan kita. Contohnya, ibu bapa pastinya akan menyesal dengan tindakan mereka marah anak-anak. Betul, anak-anak seharusnya dipuji, bukan dimarah dan dihukum. Pujian itulah yang sebenarnya akan menaikkan semangat kita untuk terus bangun. Contohnya, mak dan ayah aku sendiri. Walaupun keputusan SPM aku tak la sehebat kakak, tapi ayah masih mencari kelebihan aku untuk dipuji. Kesannya, aku tak la patah semangat. Mak juga amat bersyukur dengan keputusan aku… katanya, keputusan tu dah ok walaupun ada yang c…hehehe… mak cakap, ok la ni dari keputusan mak dulu… hurm..sekarang baru aku tau kenapa mak dan ayah tak pernah menyesal akan kelemahan anak-anaknya. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami ibu bapa yang sangat baik, penyayang dan memahami… Cuma sikap kami aje kadang-kadang suka memberontak… maklumla, naluri remaja… namun, kematangan pasti akan mengajar kami erti hidup yang sebenar… emmm…anak-anak juga seharusnya dilayan dengan sewajarnya dan diberikan waktu… kalau kita asyik sibuk mencari kekayaan hingga lupakan mereka, memang la mereka akan cari orang lain untuk dijadikan keluarga… so, luangkanlah masa dengan anak-anak selagi kita punya waktu buat mereka… aku paling suka bila ayah Sudin dalam cerita ni nasihat pengetua… memang betul, buang pelajar dari sekolah tidak mampu mengajar mereka. Malah akan menambahkan masalah social sahaja. Budak-buudak nakal ni seharusnya diberi peluang dan tunjuk ajar. Mungkin cara yang digunakan tu salah… tapi kita semua masih ada masa lagi kan untuk ubah masa depan anak bangsa sendiri??? Melalui cerita ni jugak, aku mula tersedar, sesetengah ibu bapa ni marah anak-anak die bukan sebab diaorang tak sayang, tapi diaorang tak tau atau silap cara nak ajar anak-anak… so anak-anak sekalian, kita pun kena juga memahami mereka ye… tidak boleh la 100% menyalahkan mereka sahaja…

Saturday, June 18, 2011

Senyum dalam tangisan…

Semalam aku mimpi ayah… kami sekeluarga tengah wat preparation untuk birthday party ainul. Ayah buat kad jemputan, untuk adik paggil kawan-kawan dia datang rumah. Sweet sangat ayah… buat ngan tangan jer, berusaha untuk buat adik happy. Adik pulak sorak sampai melompat-lompat gembira bila ayah bagi kad tu… happy betul tengok muka adik… mak pulak sibuk sediakan makanan. Aku ngan mimi baru nak keluar rumah, nak beli kek special untuk adik… bahagianya suasana waktu tu… mak pun tersenyum sentiasa… mungkin kerana ayah ada memeriahkan suasana… kami bergurau tak ingat dunia…

Sedar je dari tidur, aku hanya tersenyum sendiri… kebahagiaan tu seketika je… semuanya akan lenyap bila mentari muncul… Ainul, akak memang nak tunaikan impian semua, tapi impian adik kali ni akak tak dapat nak tunaikan… akak tak boleh bawak ayah balik untuk sambut birthday adik… akak minta maaf sangat-sangat dik… tapi akak boleh amik alih position ayah… akak akan buat kad tu ye dik… akak akan buat yang simple but nice just for you dear… nanti adik bagi la kat kawan-kawan adik ye… akak nak adik happy, akak nak adik jadi kuat macam mak dan mimi… jangan jadi lemah macam akak ye…



Adik jangan risau, selagi mak, mimi dan ninah bernafas, kami akan jaga adik sebaik mungkin. Mak dah luangkan sepenuh masa dia untuk jaga adik, didik adik… adik jangan sia-siakan kesempatan ni ye adik… mimi pula dah berusaha keras mencari nafkah untuk kita sekeluarga. Walaupun mimi selalu sibuk, dia tak pernah lupakan kita kan?? Dia berusah untuk cari rezeki supaya kita tak hidup merempat dan kita dapat enjoy hidup kita satu keluarga… Alhamdulillah… adik nak tau kenapa mimi selalu bawak kita keluar??? Sebab mimi tak nak kita sedih dan ni sebenarnya impian dia juga… kalau boleh dia nak bawak ayah keluar jalan-jalan macam sekarang, Cuma dia tidak berkesempatan… sebab tu la mimi bawak kita keluar dan luangkan masa dengan kita… mimi, thanks for everything… mimi dah banyak berkorban untuk family kita… mimi merupakan ketua keluarga sekarang… ninah berbangga sangat dengan mimi… dah macam anak jantan pun ada...hehe… kuat semangat betul kamu ni… sayang mimi selalu… lober lober..

Wednesday, June 15, 2011

Perjalanan semester 4....

Assalamualaikum.. wahai blog yang aku sayangi, maaf sangat-sangat sebab dah lama tak ada entry baru… kat sini x ada line, dan aku pun agak sibuk sem lepas… maklumla, subjek makin tough… Alhamdulillah dapat juga aku habiskannya walaupun pointer agak menurun… mak, mimi…sorry yer… tu je yang ninah mampu lakukan… ninah akan usaha lebih sem ni untuk betulkan semula cgpa…hehe

Saje je nak tinggalkan kenangan aku sepanjang sem 4 ni dekat blog ni… ye la, sebelum aku makin lupa akan kenangan ni, lebih baik aku abadikannya di sini…cewahh… nanti kalau dah tua ke boleh la aku tengok kat blog ni… ingat balik la kenangan dolu-dolu…hehehe

Perjalanan sem 4 aku bermula dengan menjadi Orientation Committee (OC) kat UiTM Pahang. OC macam facilitator la untuk pengambilan junior baru..(faci la sangat…) k
enangan yang tak dapat dilupakan la waktu ni… aku kena jaga budak sakit… yela, aku bertugas sebagai biro perubatan dan kecemasan.. hidup aku sepanjang minggu ni dengan first aid jer… first aid ni dah diibaratkan anak aku pulak..siang malam dengan dia ajer.. paling sedih bila kena pulangkan selepas MDS… macam kena berpisah dengan pakwe pulak. Tapi nak wat macam mana, harta kerajaan, kena la pulangkan…hehe… seronok dapat jaga adik-adik yang sakit ni.. paling seronok bila dapat tengok diaorang sembuh…  cabaran pulak…emmm xdapat nak tidur nyenyak sangat kot sebab takut on call…(cewah…cam doctor la pulak…) ye la, kami ni bermain dengan nyawa student… takut pulak ape-ape hal nanti… pape pun, memang sangat-sangat best la jadi oc ni ....



Semester 4 ni merupakan sem akhir kami ambil Bahasa Arab.. jadi masing-masing berusaha keras untuk lulus dengan cemerlang subjek ni… nak-nak pula ustaz yang mengajar kami ni sangat-sangat baik dan amat kami sayangi… hanya dengan kejayaan saje mampu buat ustaz happy.. so ni merupakan kenangan kami untuk subjek Arab ni….
Ni merupakan persediaan akhir untuk kami menghadapi speaking test Arab… masing-masing berusaha keras untuk buat yang terbaik.. macam-macam muka dan ragam ada.. bergosip pun sempat lagi…hehehe



















Ni pulak kenangan semasa kami menjalankan pengambaran cerita pendek Arab. Memang all out la kami semua sem ni sebab nak bagi impact yang berbeza dekat ustaz…hehe…sekurang-kurangnya ustaz tidak akan lupakan kami… dengan usaha gigih ni sahaja mampu mencerminkan bahawa kami tidak pernah main-main dalam kelasnya…hehehehe
























Ingatkan kami je yang akan buat ustaz touching… rupa-rupanya ustaz lagi buat kami touching… waktu kelas terakhir dengannya, ustaz belanja kami KFC… terharuya kami… yang peliknya, hanya kelas kami sahaja ustaz belanja dan bawa makanan… sayangnya ustaz kat kami… sangat-sangat sedih untuk mengakhiri kelas Arab ni… rasa macam nak pergi lagi jer kelas ni… USTAZ SAIFUL JOHARI, uhibbu ustaz…












Bawah ni gambar minah-minah yang excited gi tengok wayang… (wayang la sangat…) hehehe… ni sebenarnya tayangan kat dalam kampus je… tayangan untuk support belanja dinner kami… so kami pergi la, siap duduk sit VVIP lagi… yela, dinner sendiri, kena la support kan… best jugak la tengok citer “shutter” ni… first time aku tengok citer hantu tak jerit… melatah sikit-sikit ajer…hehehe… smua ni pun cik Nadiah yang ajar… die cakap kalau nak tengok citer hantu, jangan tutup mata, tapi tutup telinga, baru tak terkejut… memang berkesan!!!! Hehehe.. best kot sebab dapat menghayati muka hantu dalam cerita tu… takla takut sangat, memang sound effect je lebih… tapi mintak jauh sangat-sangat kalau jumpa betul-betul…. Tak nak!!!! Minta Allah tutup la hijab pandanganku… amin….

             




Ni pulak muka-muka yang sedang berusaha study Finance… untuk last test rasanya.. alang-alang study untuk final sekali sebab gap xlama pun, dalam seminggu je kalau tak silap. Time ni jer orang nak Nampak muka aku kat library pun, time lain memang x ada la…hehe.. aku ni memang xleh study kat library…. Sejuk sangat, cepat pening… xtahan la air-cond die… kalau bukan sebab assignment atau benda-benda penting, memang x ada la kau kat situ..hehe…




Dinner ni tema Arab… dinner ni batch kami yang handle ngan organize. Ni kire task untuk kami la… memang best bila dapat kerjasama dan dapat hasil yang menakjubkan… student pun kire berpuas hati dengan out put yang diaorg dapat walaupun terpaksa bayar lebih… yang penting, semua happy sangat time ni… pape pun, korang kena buat dinner yang lebih gamat untuk kitaorg nanti yer.. barula akan terjadi kenangan terindah buat kami dari junior-junior sekalian…hehehehe











Ni merupakan tangan-tangan yang gatal
sangat nak kawin…hehehe…saje je buat kenangan antara kami semua… kami berlima beli cincin persahabatan.. malangnyer miss Nadiah xada dalam gambar ni sebab dia duduk kat kolej…buat Nadiah, sorry ye yang… nnt kita amek gmbr tangan n cincin ko secara berasingan….hehehehe










Gambar-gambar ni pulak diambil time kitaorg gi UiTM Shah Alam… ada seminar perdana ape ntah…hehe…aku pun dah tak ingat… tapi tiem ni kitaorg jumpe mantan Perdana Menteri… seronok sangat dapat jumpa beliau… maklumla, kami ni tak pernah pergi UiTM Shah Alam… ni yang excited giler bergambar ni.. heheheh










Yang ni pulak kenangan kat KFC jengka…hehehe…sebenarnya banyak kali jugak kami gi KFC ni, Cuma ni je saat-saat yang sempat dirakam…
Bermula dengan celebrate birthday ikin… tapi celebration ni lewat sikit sebab time birthday die tu masing-masing busy… penuh dengan assignment ngan test… yang bestnyer, ikin tak tahu langsung plan kami semua… siap minta tolong waiter KFC hantarkan kek tu… memang hebatla kami… siap wat muka tak puas hati lagi mula-mula tu kononnyer ada order aku yang tak dapat… to miss Ikin, ingat senang ke kitaorang nak berlakon?? Susah tau, nasib baik aku tak gelak… kalau tak kantoi tau… hehe… to all my friends, thanks so much sebab sudi bersubahat…hehehe
















ebenarnyer lepas je bfday ikin, ada dinner oc… tapi Cuma aku ngan arda je yang pegi sebab yang lain semua balik…ada keje… ni kenangan dengan oc2 yang lain la…tapi sedihnya xada gambar..huhu..xsempat nak amek,dok sibuk makan ajer..hehe

End of the semester, kami gi KFC lagi… mak miss Nadiah belanja… sedapnyer…. Makan free lagi..hehehehe..kenyang giler k
ot…alhamdulillah….
















Kenangan ni dirakamkan kat kuantan… lepas je pengambaran video Arab selesai… best sangat sebab dah lama aku tak makan nasi goring pineapple ni kat Johnny's restaurant… sedapnyer tom yam die.. nak makan lagi… hehehe… banyak giler aku makan time ni.. dah habis nasi goreng sepinggan, aku habiskan pulak bihun tom yam cik mas punyer… ye la, die tak habis makan… klu aku tak makan membazir pulak..hehehe… senak jugak la perut tapi aku balun jer..sedap sangat..hehehe..memang makan ikut nafsu betul..haha… cik arda pula dengan tidak sengajanya terpercik kuah tom yam dekat mata… huisy… mmg pedih kot… terkenyit-kenyit mata arda time tu… seb baik comel..hehehe
















Ni pulak kenangan Malam Puisi Riong, Apakah Dosaku kat UMP Kuantan.. seronok sebab terpilih untuk gi sana… malam ni penuh dengan penghayatan tentang pembuangan bayi… memang feeling habis la aku dengar puisi… puisi ni jiwa aku… aku memang suka dengar, tapi untuk berpuisi aku memang surrender la..memang buruk buntinyer…hehehe… ramai juga la artis yang aku jumpa kat sini… paling best jumpa imam muda Asyraf… tenang jer tengok muka dia…

   













Kemudian, kami juga sempat merakamkan kenangan kami di Lubuk Yu… Lubuk Yu ni tak la jauh sangat dengan kampus kami… lebih kurang 45 minit kot.. ni merupakan aktiviti sulung perjalanan Bees Hive group, iaitu group kelas kami..hehehe…memang enjoy sangat2.. even aku tak mandi pun, celup2 air pun boleh…hehehe… tapi sorry sangat kat korang semua sebab tak dapat join our second activity ke Gambang… ada urusan yang tak dapat dielakkan… next time kita pergi lagi ye semua









Yang ni pulak time nak balik kelas… tiba-tiba kat kompleks hujan lebat sampai banjir… dah la malam tu ada test… macam ni jugak la kami gi amek test.. bayangkan la, orang sependek aku sampai paras lutut… naseb baik tak tenggelam…huhu…siap berselipar jamban jer masing-masing gi amek test… nak wat macam mana, memang sakai abis la siswi time tu…hahaha








Ni pulak merupak
an aktiviti harian kami di waktu pagi..ape lagi jogging la nak jaga badan…hahaha…penipu la sangat…kami ni selalu kuak lentang kat atas katil aje.. ni pun sebab ada program PPP… tu yang kena jugak kuar bilik pagi2 buta macam orang nak gi bersenam ni.. kalau tak gi, memang kena gantung la sijil diploma kitaorang. Kiranya ni rela dalam pakse la nak gi ni…hehehe.. tapi bile dah join. Tak la teruk sangat… best pulak tu sebab dapat pusing-pusing Jengka. Tak sangka pulak aku mampu berjalan jauh time ni.. nasib baik tak jadi pape…hehehe…alhamdulillah..















Kenangan yang paling latest sempat kami rakamkan semasa semester 4 adalah dinner dean… Alhamdulillah aku happy sangat bila dapat dean lagi.. berkat doa mak dan semua, aku dapat gi dinner ni.. kalau tak, tak merasa la aku makan free..hehehe… happy sangat time ni, rasa kami amat dihargai… buat kawan-kawan yang lain, masih ada masa untuk kita dapat dean list…ada 2sem lagi.. jom same-same naik pentas sem ni.. chaiyok, chaiyok!! Aja, aja hwaiting!!! Moga kita semua mendapat kejayaan…aminnn…