Sunday, August 22, 2010

Aidilfitri kami...

Selalunya, pagi2 lagi dah riuh rumah dengar suara dia kejutkan kami sekeluarga.. kami pun bangunla cepat2 takut pedih telinga kene bebel ngan ayah.. huhu.. ayah klu bebel mmg kalah mak.. huhu
“Cepat3!! Nnt ayah marah!”.. kelam kabut semua berebut bilik air.. haha.. lepas je smua mandi sunat hari raya,kami pun berkumpul satu keluarga dan takbir raya..sayu sgt waktu tu.. nak2 plak dok t’ingatkan family kami yang semakin berkurang.. mula t’kenagkan abang wan, adik dayat, adik imah, opah, tok wan, mak su…smua la… dah rmai dh yg tinggalkan kami.. lepas je takbir, kami pun bersalam0salaman.. time ni, agenda pling wajib adalah nangis..huhu~.. time ni je nk ingat dosa kat mak ayah..time lain wat jhat gak.. sian diaorg..huhu..

Pas bersalam-salaman, ayah ngan mak pun pegi smayang raya.. aku? Biase la, kene susun kuih, kene kmas rumah n kene jga adik n anak sdara… adoyai.. nasib ler..huhu.. pas smayang raya, kami pun mulakan langkah beraya kat sluruh kg.. rmai sgt fmly kami, even cuti 10 hari pun, stil xckup nak ziarah semua..huhu

Tu semua kenangan dulu.. xsangka plak tahun lepas merupakan tahun terakhir kami beraya dgn ayah… itu merupkan kali terakhir kami makan ketupat n lemang sama2.. tu kali terakhir kami sekeluarga berkumpul bersama semua ahli keluarga.. tu kali terakhir kami merasa hari raya yang bermakna bila kak min dah balik dan dapat beraya bersama.. tu juga kali pertama dan terakhir ayah merasa baju raya pemberiaan anak sulongnya yang baru bekerja..

Untuk pertama kalinya, ini adalah tahun pertama raya kami tanpa ayah.. aku tak dapat bayangkan bagaimana suasana tu nanti.. untuk raya pertama, kami akan ke Rompin dulu.. kami nak ziarah kubur ayahn beraya dengan dia dulu.. kemudian, baru kami pulang ke kampong kat Taiping.. ya Allah! Aku mohon kau tabahkanlah hati kami ya Allah.. sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah.. aku memerlukan pimpinan hati dari Mu Ya Allah…

Ya, Allah! Kau ampunkanlah dosa ayah.. ayah merupakan insan yg sgt baik.. dia ayah yg sgt bertanggungjawab.. aku mohon ya Allah, jauhilah ayah dari siksaan kubur dan api nerakamu..aminn..

Al- Fatihah buat:-
Mat Nazri bin Ali
Mohd Ridwan Mat Nazri
Muhammad Hidayat Mat Nazri
Nurul Hikmah Mat Nazri

Saturday, August 21, 2010

satu petang di bazar...

Petang tadi lpas kelas ak terus gi Bandar..huhu..gi tempah tiket nak blik umah next week.. yahoo!!!! Bestnyer.. mak ckp mimi nak bwak g shopping baju raye..huhu.. mimi, siap duit la ye.. ninah nak buli mimi lagi balik ni…hahaha

Tadi aku beli soto, air soya.. tu personnel punyer.. huhu…sedap.. aku beli ayam percik ngan popiah basah jgak.. saje nak belanja roommates berbuka.. diaorang bnyk tolong ak print, so tuje yg ak mampu nak balas … haisy..teringat popiah basah ayah.. sedapnyer!!!

Kat bazar tadi, ada orang gila bawa motor.. mulanya aku ingatkan motor dia rosak, so aku kesian la kat dia.. n aku agak marah la kat orang lain yang dok selak ketawakan dia.. tiba2 datang pusingan kedua, dia press minyak kuat2 sambil tekan break.. kirenyer motor tu xbejalan la.. tapi motor dia bergerak sbb dia kayuh dengan kaki.. agak2 dapat bayangkan tak? Muka dia serius bangga giler bawak motor macam tu.. kalah mat rempit.. hahaha…Time tu aku yang malu.. orang yg ak defence tadi rupanya xcukup sagi..hahaha.. adoyai.. mmg top la mamat tu tadi… serius lawak bila ingat balik. Tapi tadi aku takut sgt2.. buatnyer die t’lepas break.. apelah nasib semua kat sana.. dah la rmai bdak2 kat situ.. mujurlah takda pape.. bila dh round ketiga kitaorg gi sana, senyap dah bunyi motor.. tapi bunyi dia melalak nyayi lagu ramli sarip.. nasib sedap.. tapi aku still xleh muka bangga dia.. klu ak ingat jer, mesti aku ketawa.. ni tgh taip ni pn pcah perut dh dok ketawa ni.. isy3.. macam3 tadi..huhu

Bila dh nak balik dah, aku nampak ada sorang ayah ni ngan anak pompuan dia.. tgn pak cik td sama dgn tgn ayah.. cara anak dia pegang tgn ayah dia sama mcm tgn aku pgang ayah dulu.. bila rmai orang serbu, dia terpaksa lepaskan tgn ayah dia.. pastu ayah dia pun hulurkan tgn kat belakang. Anak dia berusaha capai tgn ayah dia tu..huhu..mmg sama ngan aku dan ayah tadi.. tapi aku kuatkan semangat utk pintas diorg.. cuba tahan airmata.. kinah..kau mesti kuat!! Be strong to through the life..life must go on :D chaiyoo3!!!

Ayah...

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

*hargailah AYAH selagi dia masih disisi kerana kita pasti akan kehilangannya suatu hari nanti*

Saturday, August 7, 2010

konfilk jiwa...

Baru2 ni, kami lima bersahabat mengalami konflik dalam persahabatan.. tiba2 aku mendapat komen daripada mimi mengenai status aku.."ikhlaskan hati".. itulah yang aku fikirkan berulang kali..

kenapa aku terlalu marah dan tertekan dengan sikap sahabat2 aku.. walaupun aku terlalu marah, tapi aku tak mampu bersuara kerana aku ingin menjaga hati mereka walaupun kadang2 aku terpaksa mengorbankan masa tidurku demi menyiapkan tugasan2 yang sepatutnya menjadi tugasan bersama, aku terpaksa memujuk hati aku sendiri untuk bersabar.. aku tak kisah pun untuk bekorban tu semua sebab aku tahu diaorang ada komitmen lain yang perlu dilaksanakan..

tiba2 sem ni, hubungan antara kami semua makin tegang.. maklumla, masing2 tertekan dengan masa dan pelajaran.. semua mudah terasa, mudah nak marah dan mudah nak cari salah orang lain.. tapi, aku masih lagi mencari jawapan, kenapa aku tak tenang?, kenapa aku benci dia?, kenapa kawan aku yang lain pun benci dia?... sejenak aku termenung dan berfikir, apa yang aku inginkan dari dia? kesempurnaan? aku pun tak sempurna, kenapa mengharap dia untuk bersikap sedemikian? nak dia jadi macam aku? aku pun tak suka jadi orang lain, kenapa nak paksa dia jadi diri kita?

bila mimi cakap "iklaskan hati", aku mula berfikir..ikhlaskah aku membantu mereka sedangkan hati aku marah tidak puas hati.. rupannya, semua masalah ini bermula dari hati.. aku mula mengammbil keputusan untuk pulihkan keadaan. aku cuba mendekati 'dia', mendengar luahan dia, selami hati dia, maafkan segaala kesalahan dia dan cuba menerima dia..

rupanya, syaitan telah menghasut hati kami berempat untuk membenci dia.. mujurlah aku dan seorang lagi sahabat antara kami diberi hidayah oleh Allah untuk sedar semua ni.. kami berfikir dan berbincang, sampai bila kami ingin hidup dalam keadaan begini? kawan tapi masing2 membenci antara satu sama lain..

aku dan sahabat aku tadi mula selami hati masing2.. kami tarik dia dan tenagkan dia. kami tarik sahabat kami yang lain yang bergolak dengan 'dia' lalu menjelaskan apa yang aku rasa,apa yang betul dan apa yang salah dalamm keadaan sekarang. aku menyatakan yang kita telah setkan hati kita untuk membenci 'dia'.. kita perlu bagi dia peluang untuk berubah dan kita perlu menerima dia seadanya sebab tiada di muka bumi ni yang sempurna melainkan Rasulullah.

mugkin sukar untuk mereka maafkan 'dia', tapi aku cuba memujuk mereka supaya terima dia seadanya.. cuba cari kesalahan diri kita dahulu sebelum marah padanya.. buat 'dia', aku minta maaf sebab buat kau nangis sebelum aku sedar aku pun bersalah juga sebab terlalu ikutkan perasaan haritu..

aku harap, hubungan kami berlima akan pulih seperti dulu malah akan lebih baik dari sebelumnya.. Ya Allah! peliharalah hbungan kami berlima...aminnnn... friendship fillah!!!!