Wednesday, April 25, 2012

Makin sayang....

Alhamdulillah semalam merupakan hari ketiga aku di Tasputra. Semalam merupakan hari yang amat menggembirakan aku bila aku dapat meluangkan masa bersama Naufal, Nana dan Muhammad. Telatah mereka yang bijak dan manja tu membuatkan aku makin sayang pada mereka.

Sampai je Tasputra semalam, Nana dah bersorak gembira tengok aku. Aku pun cepat-cepat pi kat dia. Macam-macam yang cuba dia ceritakan kat aku. Tapi aku masih tak dapat fahamm sepenuhnya apa yang cuba dia sampaikan. Maaf ye Nana, akak masih baru lagi kat situ. Apa yang aku faham, Nana bagi tau yang adik dia, A'a demam... bijak sungguh budak ru. Walaupun serba kekurangan dan sukar untuk bercakap, dia tetap mahu berkongsi cerita.

Sambil berborak dengan Nana dan bermain dengan Liana, aku memerhatikan telatah Naufal. Naufal mengidap syndrome down. Naufal sangat bijak tapi tak mampu berakap. Rakan saya, Mas, melukis gambar haiwan di papan putih. Naufal mampu meniru gaya haiwan yang dilukis tu. Lucu gayanya tapi mampu mencuit hati kami. Ada yang sebak melihat kepintaran anak istimewa tu... Subhanallah! Pemberian yang terlalu istimewa...

Petang pulak, aku menghabiskan masa mengajar Meng Meng melukis di bilik lukisan. Tiba-tiba terdengar satu jeritan di bilik hyper. Kak Azam pun panggil budak tu dan letak di sebelah aku. Di situlah perkenalan aku dengan adik berusia 11 tahun tu bermula.. Namanya Muhammad. Soalan pertama yang dia tanya "tinggal kat mana" dan "kampung kat mana"... agak sukar memahami apa yang dia cuba sampaikan tapi kami cuba sedaya upaya. Waktu tu ada tiga cikgu yang jaga tiga budak. Jadi kami bertiga bersama-sama meneka apa yang dikatakan Muhammad.

Tiba-tiba Muhammad menarik tangan aku. Sambil tunjukkan ke arah dirinya, dia cakap bodoh...mula-mula aku tak dapat tangkat ape dia cakap. Sampaila ada seorang cikgu yang lain tegur Muhammad dan cakap tak baik cakap macam tu. Baru aku tau, dia cakap diri dia "bodoh". Mungkin dia rasa dia rendah diri. Jadi kami pujuk dia. Terangkan kat dia, tak ada siapa yang bodoh kat sini.

Sebenarnya Muhammad tu bijak orangnya. Mana taknye, banyak tempat yang dia tahu kat Malaysia ni. Bila aku bagi tau yang kampung aku kat Taiping, Perak dia mula describe pasal Perak. Dia cakap kat Perak ada Ipoh. Lepas tu ada dua tanjung. satu Tanjung Rambutan satu Tanjung Malim. Bila aku tanya pernah pergi sana ke? Dia mengangguk dan bagi tau dia duduk kat hotel Tambun. Lepas tu aku cakap aku pernah duduk kat Rompin. Bila aku tanya tau tak Rompin tu kat mana. Dia jawab "Pahang". Bijak budak tu. Siap cakap dekat dengan Johor lagi. Bila tanya kampung ibu dan abah dia pun dia boleh bagi tau kat mana. Mulanya kami tak tau tapi bila berulang kali dia sebut dan kami teka, barulah dapat tau kat mana. Puas dia explain. Lawak pun ada tapi bila dapat jawapannya, bergenang jugak air mata aku. Mana tak nye, bertungkus lumus dia cuba explain sampai kadang-kadang kami give up tak faham ape dia cakap.

Sebenarnya tak puas bercerita kat sini sebab susah nak gambarkan suasanya. Jadi aku harap sangat ramai kat luar sana yang sanggup luangkan masa jd volunteer untuk bersama dengan budak-budak ni... Aku jamin, pengalaman yang kuar biasa akan kita dapat di sana.. mudah-mudahan... tak sabar nak jumpa dengan mereka hari ni... :) kenangan yang paling best kat Tasputra adalah apabila Naufal, Nana dan Muhammad tiba-tiba peluk dan cium pipi aku tanpa aku duga...bermula dengan Naufal dan Nana pada hari pertama aku di sana, Nana pada pagi semalam dan Muhammad pada petang semalam.. dan aku makin sayang pada mereka...

Monday, April 23, 2012

Cuti ku dimanfaatkan...

Assalamualaikum blog tercinta... sudah usang rupanya kamu ni ye. Maklumla, agak ke'busy'an sekarang...hehe... Alhamdulillah aku baru je tamat diploma aku. Emm...tak tau la mane pulak UiTM hantar aku lepas ni. Harap-harap tak la jauh sangat..hehe

Kali ni memang puas la cuti. Mane tak nya, 6 bulan tu... Mau serabut jugak la kepala memikirkan masa depan...huhu...plannye nak cari kerja tapi ada tugasan yang jauh lebih penting perlu aku laksanakan...semuanya kerana rasa kasih dan sayang kepada permata keluarga kami...


Mula sahaja cuti aku pada bulan 4 haritu, aku cuba sedaya upaya menguruskan Ainul. Pertamanya aku bawa Ainul ke pusat dyslexia di Titiwangsa untuk menjalani assessment bagi memastikan sama ada Ainul betul-betul mengidap dyslexia atau tidak. Setelah disahkan bahawa Ainul memang mengidap dyslexia, aku serta keluarga perlu menguruskan perpindahannya ke sekolah baru. Insya-Allah jika ada perubahan positif, Ainul akan tamat pengajiannya di sekolah pemulihan itu selepas 3 bulan.


Alhamdulillah, tak sampai sebulan sahaja, dah banyak perubahan yang ketara pada Ainul. Ainul semakin rajin menyiapkan homework dan semakin bersemangat untuk belajar. Ainul juga semakin petah bercakap. Kalau dulu, sepatah ditanya, sepatah juga yang dijawabnya. Tapi sekarang, belum sempat kita bertanya, Ainul dah sibuk bercerita perihal sekolah. Alhamdulillah kami semua gembira melihat perubahan Ainul.... Terima kasih ya Allah kerana memberi kami hidayah untuk membawa Ainul ke tempat yang betul.

Jadi, sepanjang musim cuti ni, aku bertanggungjawab menjadi pengurus peribadi Ainul merangkap suri rumah separuh masa...hehehe... pagi-pagi, usai je solat subuh, aku akan kejutkan Ainul. Kadang-kadang siapkan Ainul ke sekolah dan kadang-kadang siapkan bekalnya... Tugasan kami ni ditentukan Ainul, kalau tak ikut alamatnya semua kerja tak jadi sebab dia akan mengamuk sesuka hati...haha..kadang-kadang lucu tapi kadang-kadang angin jugak dibuatnya...huhu... lepas je Ainul siap, aku akan hantar Ainul ke sekolah agama.

Lepas tu mulalah tugas aku sebagai guru tusyen.. cewah...padahal ajar adik aku je... aku akan cuba membantu adik aku, Ida, yang baru melangkah ke sekolah menengah dengan sebaik mungkin. Kesian Ida, banyak yang dia tak faham belajar kat sekolah. Tak pe, aku akan cube bantu adik aku sebaik mungkin selagi aku ada kesempatan itu....bersedia untuk mendapat tekanan ye Ida... (hehe...kejam betul kakak dia ni...)

Pukul 11 pagi je, aku akan bergegas ambil Ainul balik dari sekolah agama pulak. Sampai je rumah, kami akan makan tengah hari bersama-sama dan bersiap untuk ke sekolah sesi petang pulak. Dalam pukul 12.30 aku akan hantar Ainul ke sekolah barunya di Ampang Hilir. Ambil masa lebih kurang 15 minit la dari rumah kami. Kelas Ainul bermula dari pukul 1.00 sampai pukul 5.00 petang. Rasanya kalau nak balik rumah macam tak berbaloi pulak sebab akan habis masa 30 minit dekat jalan. Jadi, untuk menjimatkan kos dan masa, aku mengambil keputusan untuk stay dekat tasik berhampiran.


Dua tiga hari juga la aku habiskan masa aku dekat tasik tu. Duk baca buku sambil termenung tengok rumah biru idaman aku tu...huhu... Rasa bosan pun ada jugak. Seram lagi la ada sebab tempat tu agak sunyi. Tiba-tiba aku tertarik dengan sebuah tempat ni yang terlatak berhampiran dengan sekolah baru Ainul. Pernah beberapa kali aku cuba masuk tempat tu untuk bertanyakan sesuatu, tapi aku tiada kekuatan. Lalu aku keluar dari tempat tu tanpa menyatakan hasrat aku. Sampaila satu masa, aku sampaikan hasrat aku pada ibu dan kakak aku, Mimi.

Ibu dan Mimi memberi sokongan penuh pada aku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan aku melangkah perlahan ke tempat itu sekali lagi. Setibanya di situ, aku disambut mesra. Alhamdulillah aku diterima untuk menjadi volunteer di Tasputra Perkim, iaitu pusat asuhan kanak-kanak istimewa. Di sinilah aku berkongsi kasih sayang aku bersama mereka. Walaupun baru beberapa hari kau bersama mereka, aku seperti terlalu sayang pada mereka. Baru beberapa ketika aku dengan mereka, mereka seperti sudah lama mengenali aku. Senyum, ketawa, bergurau dengan aku mesra sekali. Dan lebih mengharukan, dengan ungkapan yang sukar dilafazkan, mereka berkata "sayang akak" sambil memeluk aku... Bergenang jugak air mata masa tu tapi aku control macho la kat situ..huhu


Jadi, di sinilah tempat di mana aku berkongsi sayang aku dan aku memanfaatkan masa aku yang terbuang. Setiap hari, rasa tak sabar je nak jumpa diaorang. Mana tak nye, baru sahaja muncul di pintu, budak-budak tu dah bersorak kegirangan bila nampak aku... Subhanallah! Walaupun mereka serba kekurangan, namun mereka terlalu bijak menghargai kami... Pukul 5.00 petang je kami pun balik ke rumah... Malam pulak buat ape ye???hehe...ape lagi...'facebook'ing ngan blogging la...huhu...