Wednesday, July 21, 2010

yang disayangi selamanya...

Aku dilahirkan lebih kurang pukul 12.20 pagi, pada 4 Februari 1991 kat Hospital Taiping. Kiranya aku ni anak Perak la.. huhu..silap2, aku anak Mat Nazri Ali dan Salamiah Mhd Yunus.. huhu.. menurut mak dan ayah la, aku tak tau pape pun sbb kecik lagi..hehehe.. aku ni lahir songsang, tu yang agak degil tu.. puas la mak aku nak jaga anak dia yang sorang ni..huhu

Mak cakap, aku ni lahir songsang. Keluar ikut punggung dulu.. Kesian mak, mesti susah dan amat2 sakit kan.. Mak start sakit dua hari sebelum aku dilahirkan.. Lama mak tanggung sakit sebab nak lahirkan aku je. Betapa besarnya pengorbanan mak.. Terima kasih mak..  Mak sangat baik dan lemah lembut.. mak xpernah sekali pun pukul dan marah anak2nya.. dengan sifat lembutnya itulah, tiada seorang anaknya pun sanggup mengecilkan hatinya dengan buat masalah di sekolah.. Mak menjaga kami dengan sebaik mungkin.. 

Ayah aku pula, Mat Nazri Ali,seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.. kadang2 romantik tau!! Huhu.. ayah menjaga dan mendidik kami sekeluarga dengan baik.. Aku ingat lagi, ayah terpaksa masuk ke hutan untuk mencari rotan demi mencari sesuap rezeki buat kami sekeluarga. Ayah juga menjaga warung dengan mak demi menyekolahkan kakak dan abang… Ketika aku umur setahun kalau tak silap, ayah berhijrah seorang diri ke Kuala Lumpur demi mengubah kehidupan kami sekeluarga. Detik itu, aku la anak yang kuat merenget rindukan ayah.. haha.. malunyer.. biase la, aku paling bongsu waktu tu dan manja sangat dengan ayah.. huhu.. lepas tiga tahun bersendirian kat KL dan ayah dah dapat kumpul sedikit wang untuk kami sekeluarga menetap di sana, kami pun berpindah ke KL.. bermulalah kehidupan baru kami di sana.. 

Aku dijaga dengan penuh kasih sayang. Kak min pun jaga aku dengan baik. Maklumla, dah lama tak dapat adik, dapat plak adik perempuan, lagi la dia suka. Kak min belum darjah 1 lagi waktu tu, tapi adik punya pasal, basuh lampin pun takpe.. Baik betul kakak aku.. kecik2 lagi dah ada sifat keibuannya…huhu.. itulah kakak aku, Yasmin Mat Nazri.. Seorang yang bertanggungjawab dan penyayang  luv u mimi!! Tapi, jangan main2 dengan mimi, dia ni ‘singa’ tau..huhu.. sekali mengamuk, kecut perut aku.. banyak kali la aku menangis sebab kena marah dengan mimi.. haha.. serius garang!! Huhu.. tapi tu dulu, sekarang tak dah.. bila dah besar ni, baru aku tahu.. mimi marah aku sebab aku ni nakal sangat, malas belajar..huhu..kantoi..dah la malsa belajar, lembab plak tu.. mane tak mengamuk ‘singa’ tu..huhu..pape pun, aku tau, mimi inginkan yang terbaik untuk adik2nya.. 

Time aku nagis jer, mesti ada orang pujuk.. agak2 sape? Hehe.. abang aku la, Mohd Ridwan Mat Nazri  Abg Wan baik sangat.. walaupun dia kekadang agak sengal dan suka mengusik, tapi dia la yang selalu pujuk aku bila aku gaduh ngan mimi.. huhu.. aku ingat lagi, time aku darjah satu, ada la geng2 budak lelaki ni suka buli ngan pujuk aku.. yela, aku kan istimewa sikit.. jalan pun tak serupa orang normal sangat.. emm.. ape lagi, mahunya kena hamun diaorang tu denagn abang.. emm..baru tau, baru padan muka diaorg.. pas pada tu, terus xbrani kacau aku.. walaupun abg agak nakal kat sekolah, tapi dia seorang abg yang baik dan sanggup lakukan apa sahaja untuk keluarganya termasuklah membuat part time sewaktu sekolah rendah lagi kat Hotel Istana. Motifnya? Untuk bntu family la.. baiknya abang.. sayang abg sgt2..

Sunday, July 18, 2010

Adam untukku.. :)

Rasanya agak sengal cerita aku kali ni.. Bukanlah cerita sgt pun, Cuma satu luahan dan impian gila agaknya… huhu.. aku impikan pasangan hidup seperti ‘Adam’.. cool, gentle, baik, sabar.. macam2 la.. tak cukup page rasanya klu describe pasal ‘Adam’ ni jer.. haisy… tapi siapa lah kita ni untuk mendambakan insan sesempurna itu.. Namun, aku masih berharap dan terus berdoa agar aku dipertemukan jodoh yang baik… Apa aku harapkan, ‘Adam’ yang telah diciptakan untuk aku itu seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga aku dan keluarga aku dengan baik.. kesempurnaan fizikal bukanlah satu criteria utama yang aku tetapkan tapi biarlah keimanan dan keikhlasannya yang menjadi ukuran. Paling penting, ‘Adam’ itu mampu menerima diriku seadanya.. ^-^

Betul kata mak, kalau kita mengharapkan ‘Adam’ yang baik, kita seharusnya menjadi yang terbaik dulu.. sebab Allah telah ciptakan Adam yang baik hanya untuk Hawa yang baik, begitulah sebaliknya… Kalau diri kita sendiri tidak dapat diperbaiki, manakan aku akan dapat ‘Adam’ yang baik.. ya, semua orang telah ditetapkan jodoh masing-masing, tapi kita masih boleh berdoa agar kita dapat memiliki jodoh yang terbaik untuk diri kita.. Tapi, jangan hanya berdoa dan mengharap sahaja.. kita perlu berusaha memperbaiki kelemahan diri dahulu.. apa yang penting, biarlah ia kekal ke akhirnya seperti cinta mak dan ayah.. cinta mereka kekal hingga kini walaupun ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3 November 2010 yang lepas.. Abadi dan tulus betul cinta mereka itu..

Cinta mak dan ayah berputik sejak mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang kain.. sungguh menarik cerita cinta mereka.. Sifat mak yang lembut, baik dan sopan telah menarik dan membuka pintu hati ayah untuk memiliki kasih mak.. Dengan ketulusan cinta mereka dan restu dari keluarga, sebuah rumah tangga telah dibina dan Alhamdulillah,bahagia hingga ke hari ini walapun ketuanya telah tiada.. Namun, atas pimpinan yang sempurna, rumah dan cinta itu masih teguh hingga ke hari ini.. terima kasih ayah..


Aku mendambakan cinta yang diredhai Allah.. Aku tidak mahu dan berusaha untuk tidak menyintai seorang ‘Adam’ selagi dia belum sah melafazkan lafaz nikah dengan aku.. Aku hanya meletakkan cinta di dalam hati aku untuk suami aku sahaja nanti.. setelah sah kami disatukan, aku akan berusaha menjaga setiap tingkah laku dan hatinya dengan sebaik mungkin. Akan aku laksanakan tanggungjawab aku dengan sebaiknya.. Itulah yang aku impikan dan ingin laksanakan..huhu.. berangan jer lebih.. tapi aku lebih mengharapkan restu dari keluarga.. Aku tak kisah pun kalau family aku yang pilih dan tentukan jodoh untuk aku.. bagi aku, restu ibu bapa dan keluarga itu penting dan utama. Bila sebuah hubungan itu mendapat restu, ia lebih kekal dan suci.. Lagipun, aku rasa, family kita mesti akan pilih yang terbaik buat kita ^-^.. mereka pastinya inginkan kita bahagia.. betul tak? Pape pun, aku cuma memberi pendapat aku je.. setiap orang ada pendapat masing-masing..huhu.. aku akan sabar menanti ‘Adam’ aku.. Namun, siapa ‘Adam’??!! aku sendiri tak tahu.. yang tahu smua ni Cuma Allah 

“Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku untukk menerima cinta dari seorang ‘Adam’ yang telah kau ciptakan untukku.. Tutupkanlah pintu hatiku untuk menerima cinta ‘Adam’ yang bukan diciptakan untukku.. temukanlah jodoh yang terbaik untukku dan peliharalah akhlakku.. Aminnn…”