Thursday, September 15, 2011

Akak, macam mana akak boleh sabar?

“Akak, macam mana akak boleh sabar?” Ni la soalan yang ditanya oleh seorang junior sekolah aku dulu. Dan hampir semua yang aku kenali, pasti akan tanya soalan yang sama atau lebih kurang sama. Sukar untuk aku jelaskan bagaimana, tapi inilah sedikit cara yang aku lakukan untuk mendidik hati aku untuk bersabar dengan setiap musibah yang menimpa. Insya-Allah…


1. Selalunya, bila aku ditimpa musibah, saat itu jugalah air mata aku akan mengalir bersama istighfar. Tangisan itu bukanlah untuk mengeluh atas ujian yang diberikan, tapi sebagai pemangkin semangat untuk kita tetap teruskan kehidupan ini. Lepas je nangis, insy-Allah semuanya akan lega kerana fikiran kita akan lebih terbuka ketika itu setelah semua rasa sedih itu dilepaskan.


2. Apabila ujian menimpa diriku, aku akan terkenagkan insan-insan yang jauh lebih tabah dari aku… mak, ayah, mimi… mereka menerima lebih banyak dugaan dari aku. Jadi, mengapa harus aku mengalah dengan takdir yang menimpa diri ni?


3. Sedetik aku diuji. aku akan cuba untuk terus senyum. Saat itu, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Aku sebagai hambanya tidak layak untuk menolak sedikit pun kekuasaan-Nya terhadap diriku. Pinjaman insan yang aku sayang, pinjaman nikmat kesihatan yang sementara itu semuanya milik-Nya. Dia berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa. Siapa aku untuk menghalangnya? Aku juga akan kembali pada-Nya suatu hari nanti…


4. Apabila diuji, fikirlah dengan lebih positif. Allah itu hanya turunkan ujian pada insan pilihan-Nya sahaja, dan hanya kepada hambanya yang mampu sahaja. Mana mungkin Allah akan menguji diriku sekiranya aku tidak mampu hadapinya? Kita juga harus sentiasa terapkan di dalam hati, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan nanti. Hanya Allah tahu rahsia tersembunyi disebalik aturan hebat-Nya.


5. Apabila kita menjadi terlalu lemah untuk bangkit dari dugaan ini, pergilah menunaikan solat hajat, bacalah Quran… Saat itu, air mata keinsafan pasti akan mengiringi. Kita akan lebih sedar akan diri kita yang jauh lebih kecil kuasanya dari Yang Maha Esa. Kita pasti akan patuh dan tunduk pada-Nya lalu akur dengan segala ketentuan-Nya.


6. Kalau hati kita rasa sakit, nagislah sepuas hati. Tangisan tu tak bermakna kita lemah. Nak lagi feel, nangis sambil dengar lagu2 yang boleh naikkan semangat kita. Jangan sesekali dengar lagu yang boleh meruntuhkan lagi semangat kita. Contohnya, bila mood malas study aku dating, aku akan cuba pujuk hati aku dengan dengar lagu dr cerita My Girl. Pastu, aku akan bisikkan kat dalam diri, aku kena jadi kuat macam Yoo Rin. Lepas tu, aku mesti akan diMOTIVATED semula…hehe


Rasanya tu je kot benda2 yang aku lakukan untuk menenagkan diri ni disaat ujian menimpa… Setiap orang berbeza caranya, tp why not kita mencuba kan? So, hopefully ni dah cukup untuk menjawab persoalan adik2 junior aku dan yang lain2.. Yakinlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan jangan pernah takut akan perancangan-Nya…

Tuesday, July 12, 2011

12/7/2011

“Kinah, ko dah subuh ke belum” kejut Yati…

Aku yang mamai pun geleng je la… bukak jer mata terejut aku, rupa-rupanya dah pukul 6.40!!! Astaghfirullah… melompat aku peri toilet amek air sembahyang… fuhh.. na gugur jantung rasanya bila bangn dalam keadaan mengejut macam tu.. lepas jer subuh, terus siap gi kelas…

Alhamdulillah, demam dah ok… tinggal selsema je ag =) hari ni dah bertenaga semula.. hehe… Cuma sakit pinggang belum ok lagi…ni mesti sebab rindu CERAGEM ni… hehe…xper, lagi 4 hari jer nak balik dah… lepas tu memang bercinta dengan CERAGEM je la…hehehe… mimi, ninah cop SERAGEM untuk seminggu ni ye =p

Kat kelas OM blaja macam biasa.. kat kelas HR berlaku lagi pengguguran jantung ku… tiba-tiba Madam panggil je nama student untuk present atau terangkan topic hari ni… Madam pun panggil “Nor Sha… Nor Sha…fira” fuhhh…lega sebab bukan nama aku yang kena panggil… matilah kalau aku yang kena sebab aku tak habis study pun semalam… Allah je yang tahu betapa bersyuurnya aku tadi… haha

Sekarang aku dok mengarang blog sambil update fb jap ngan download mini lyrics… nak improve Engish yang makin teruk ni…huhu… heaven la mgadap laptop… ye la, kelas dah habis, sampai pukul 12 je tadi =) Lepas ni nak buat note untuk Investment… pastu rest jap and sambung study untuk test esok =) wish me luck!!!! chaiyo3!!!!

11/7/2011

Selamat pagi semua!!! Cuba untuk terus senyum walaupun masih lagi demam dan sakit-sakit badan. Tak tau la kenapa, badan aku jadi bengkak-bengkak. Mungkin sebab banyak bergerak kot. Kat bahu dengan tulang belikat la yang rasa bengkak dan sakit tu. Dah sapu pati halia tapi still sakit. Last-last minta tiger balm kat Mas, lega la sikit…hehe.. Mungkin sait ni macam biasa je yang aku rasa sebelum ni, tapi sebaban demam, tu yang badan jadi lemah sikit kot…

Bangun jer pagi tu, lepas subuh terus bersiap ke kelas. Hari ni ada satu kelas je… Kelas economic batal. So tak la rasa beban menahan sakit sangat sebab balik je kelas boleh rehat. Kelas berlalu macam biasa. Aku ni suka duk depan. Bila dah duduk depan Miss, muka tu kena la cover… tak nak la Nampak pucat dan tahan sakit sangat. Puas aku make up dan senyum.. hehehe… time dia ajar tu, muka au yakin jer, macam faham… padahal satu ape pun ta masuk.. balik ni memang kena revise semula la. Dah la lusa ada test.. tak tau la macam mana. Habis jer kelas, slow2 aku jalan untuk balik hostel.

Lepas jer maan tengah hari, aku makan ubat demam, batuk, selsema dan cairan kahak. Pekej lengkap. Memang kenyang maan ubat jer… hehe… Lepas je makan ubat, ape lagi, tido tak ingat dunia la. Sampai Zohor pun lewat, pukul 3.30… baik punyer budak. Lepas Zohor tu macam pening lagi, tapi malas nak tido… Nak kena angkat kain la, lipat kain la, ape la… sampai la petang…

Malam pulak aku sibuk siapkan kerja OM yang melambak-lambak tu. Dari pukul 8 sampai 11, baru siap. Mata ni tahan jer ngantuk sebab makan ubat dalam pukul 9 tadi. Time gi toilet pulak, au hampir-hampir pitam… Alhamdulillah dapat control, ta la pitam dalam toilet tu. Masuk je dalam bilik, aku sambung buat kerja lagi. HR pun ta revise lagi, mana la aku tak risau…hurmm…

Dalam pukul 12.30, mas ngan yati baru balik dari meeting. Diaorang bawak nasi lemak ngan kek.. Selamat melantak la kitaorang… hehe… sempat agi tu… siap borak agi, makan jadi setengah jam lebih la…hehehe… dalam pukul 2 camtu, aku dah tak larat dah… mata ni memang dah tak ikhlas nak bukak… Tak habis revise HR pun, aku dah selamat menidurkan diri…hehe…Selamat Malam Semua!!!

Monday, July 11, 2011

10/7/2011

Pagi tadi bangun subuh macam biasa. Lepas tu, aku terus makan ubat lagi, takut makin melarat pula demam ni. Kenyang makan ubat jer pagi tadi. Boleh dikatakan aku breakfast dengan ubat la.. hehe.. Lepas jer makan ubat, aku terus baring untuk tidur semula. Rasa makin sakit pula belakang ni. So better aku baring la. Time demam ni, makin sakit jer belakang ni, mungkin sebab aku tak berapa kuat nak lawan kot sebab badan dah lemah dengan demam ni…
Tengah hari tadi aku gi makan kat dewan makan. Siap janji tak nak pantang makan pulak tu. Memang aku tak pantang makan pun hari ni. Selumber giler aku makan ayam masak merah dangan minum milo ais. Malam pulak, gi belasah chicken chop ngan the ais. huhu… memang cari nahas la ni… hehe… lepas je makan tengah hari, aku makan ubat. emm…alamatnya ting tong lagi la atas katil. Seharian masa habis kat atas katil jer. sedar-sedar dah petang dah.. huhu…
petang tadi, one of my dream dh tercapai… hehe… dah lama teringin nak main basikal. Tetibe Nampak Arie bawak basikal tadi, melompat aku keluar bilik nak naik basikal. Tak padan dengan demam ngan pening kepala tu. Dapat jugak la main tadi walaupun hanya 2 round. Tak tahan sangat, tiba-tiba kepala makin pening dan berat… macam nak tumbang je.. mungkin sebab aku pandang rumput kot… hehe.. thanks so much Arie… nnt aku nak main basikal lagi ye 
best sangat-sangat hari ni. sedikit sebanyak, kekecewaan dan kesakitan ni dapat aku lupakan. Terima kasih buat kawan-kawan semua yang sentiasa berusaha buat aku ceria. Terima kasih juga Masturah Saidin dan Hayati Hannah yang sanggup berkorban tidur kat bawah untuk bagi aku tidur kat atas dengan selesa. Aku rasa bersalah sangat-sangat sebab dah susahkan korang. Kalau boleh, aku tak nak la korang treat aku macam orang sakit sangat sebab aku pun nak jadi macam orang normal, macam korang. Cuma keadaan sekarang tak berapa mengizinkan… Thanks sangat-sangat sebab jadi sahabat yang baik dan memahami. Jasa korang tak dapat aku balas…

Sunday, July 10, 2011

9/7/2011

pagi ni mulakan pagi dengan senyuman walaupun sangat-sangat tak larat. tiba-tiba je selsema semalam makin teruk. tekak pula dah mula membengkak. mungkin nak demam ni. biasela, time mentally down ni aku memang cepat sangat demam. terpaksala aku berpantang makan lagi. tengah hari tadi pun just makan nasi putih dengan sup ayam… tambah sayur sikit dan minum the ‘o suam… ala, macam makanan hospital tu. .. hehe..memang pantang habisla..
lepas jer makan, aku baring kejap.. memang tak larat sebenarnya… tapi aku kena kuat, tak bleh la layan sakit ni sangat. aku pun kuatkan diri pergi ceramah “Gen Y” dengan mas dan yati. puas aku make up nak cover muka pucat ni.. hehe… mmg orang lain tak perasan la yang aku tengah demam. tak sempat sampai kat dewan lagi, kitaorang tengok dah ramai yang balik. rupa-rupanya, program tu diaorg awalkan pukul 2. agak sakit hati la waktu tu sebab diaorang tak inform awal-awal. nak patah balik pun dah malas dah, so kitaorang terus la berjalan ke pameran kat Dataran Intelek. saje nak jalan-jalan, bagi peluh sikit badan ni.
dah puas berjalan dan berpeluh, tiba-tiba aku rasa macam nak pergi klinik sebab sakit kepala ni makin mejadi-jadi. kitaorang pun tanpa dirancang pergi la ke klinik kat bandar. dah puas berjalan tadi, siap berpeluh pulak tu, confirm2 la temperature turun… so doctor cakap demam aku tak teruk. tak pe la, aku pun pi la amek ubat..
tanpa dirancang jugak, aku ajak mas dan yati gi jalan-jalan lagi ke pasar malam… hehe… esian diaorg kena layan kerenah aku… yela, aku kena banyak jalan, kalau ikutkan je sakit ni, alamatnyer tak ke kelas la nnt… mak ada pesan, suruh aku makan buah time demam ni. so aku pun beli la apple… nak beli favorite fruit tak boleh sebab nnt akan demam lagi, so beli je la buah apple  mak pun ada pesan, jangan makan makanan yang bergoreng dan pedas. so kami beli la soto dengan yong tau fu… memang rebus2 aje…hehe… pantang la kononnye… lepas dah puas berjalan, kitaorang pun balik.
lepas je makan malam tu, aku terus makan ubat. kesannya, aku tertido tak ingat dunia. pukul 12 malam baru aku bangun. dengan lemahnya, aku pun ambil buku Operational Management (OM) untuk siapkan turorial. memang seksa bila kita buat kerja dalam keadaan yang lemah dan sakit. tapi aku kuatkan juga sebab sakit ni ujian Allah untuk menghapuskan dosa kita… mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa aku… aminnnn…..

Saturday, July 9, 2011

Hari yang memenatkan dan membosankan...

hari ni tak banyak yang aku buat sepanjang hari Cuma habiskan masa dengan mengadap nota Organizational Behaviours (OB) je. maklumla, ada test malam ni. setiap hari jumaat mmg syurga buat aku tak ada kelas.. hehehe… tapi kali ni tak syurga mana la sebab banyak test.
sebabkan tidur lewat semalam, lepas je subuh tadi aku sambung tido semula. serius ngantuk giler. sedap punyer landing, pkul 9.30 baru bangun. tu pun rela dalam paksa je nak bangun.. dalam keadaan badan yang kurang sihat dan emosi tak stabil ni, lagi la malas aku nak bangun. memang tak semangat jer rasa.. lalu aku pun berbisik dalam hati.. “Kinah, tak boleh macam ni. Kau kena kuat.Jangan lembik sangat. Ni semua ujian untuk kau!!!”… dengan gagahnya, aku pun melangkah perlahan menuju ke bilik air. Alhamdulillah pergerakan agak baik hari ni walaupun agak perlahan.
malam pulak aku gi amek test. sangat-sangat tak selesa sebab kena duduk sejam setengah. sangat-sangat sakit sebenarnya. lagi menyakitkan bila aku selsema, mmg tak selesa. dah la tak cukup masa, ketar tangan aku nak tulis…huhu…tak pe la, benda dah lepas.. untuk hilangkan stress aku malam kelmarin dan penat mentelaah, aku pun berjalan ke Dataran Integrasi dengan Yati dan Mas.. Thanks korang sebab temankan kawan korang yang semakin bengong ni..hehe…jumpe jgak dgn nadia tadi.. borak kejap jer, bincang pasal assignment…
balik jer bilik, kami sambung gelak besar tengok cerita Shaolin Soccer. dah lama tak tengok cerita tu.. happy sangat. teringat pula time tengok dengan arwah abang dulu… seronok sangat time tu.. tapi tu semua kenangan… moga abang aman di sana dengan ayah, dayat dan imah…aminn…
pape pun. aku sayang semua kawan-kawan aku yang sentiasa dengan aku… yang sentiasa cuba menghiburkan aku… sayang korang sangat-sangat…sekarang tengah layan fb sambil tengok Hindustan dengan roommates…today is the happy ending 

Saturday, June 25, 2011

Saat Lafaz Sakinah

Saat Lafaz Sakinah ni merupakan sebuah lagu yang tak sengaja aku dengar… aku saja je bukak you tube satu hari tu, taip la nama Sakinah, nak tengok ape yang ada… macam-macam ada, keluarga sakinah la… macam-macam la… tiba-tiba aku tertarik dengan lagu “Saat lafaz Sakinah” nyanyian kumpulan Far East… tak tahu la ape yang menarik sangat dengan lagu ni, aku pun klik la untuk tengok. Tiba-tiba, terFEELING la pulak dengar lagu ni… sebab aku teringat satu malam tu, saat aku, mimi dan ayah tengah tengok tv.. ntah macam mana ntah keluar topic pasal kawin… ayah cakap dia sendiri akan jadi wali nikah kami… dia tak nak serah kat wali hakim, dia nak lafazkan sendiri… ayah cakap “alah…bukan susah pun…cakap jer aku nikahkan dikau ……. Dengan anakku …. Dengan mas kahwin ….” Ayah siap buat gaya lagi, salam tangan aku…hahaha…kelakar la ayah ni… ni la yang sering diperkatakan... “Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan...” ayah tak sempat jadi wali kami… ayah pergi dulu mengadap Ilahi… aku akur dan redha ketentuan-Mu Ya Allah!!! Malam tu terus menjadi kenangan dalam hidup kami sekeluarga… moga ayah aman dan dirahmati di sana… ninah rindu ayah sangat-sangat….

Bersyukur...

Ya Allah… Alhamdulillah kerana telah megurniakan aku sebuah keluarga yang sangat-sangat istimewa… walaupun separuh dari ahli keluarga ku telah pun kembali kepada-Mu, namun aku masih ada mak, mimi dan nenon yang sentiasa berada di samping aku. Mereka merupakan kekuatan untuk aku teruskan hidup ini… sayang nya aku pada mereka, hanya Engkau sahaja yang tahu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu ya Allah, kau peliharalah hubungan kami sekeluarga. Hindarilah kami dari berpecah-belah, lindungilah kami sekeluarga dan cekalkanlah hati kami dalam menempuh kehidupan ini…

Papadom

Cerita papadom ni boleh dikatakan cerita yang paling aku suka… kenapa ye?? Setiap kali tengok cerita ni, aku mesti akan ingat pegorbanan ayah… watak Dom dalam cerita ni same macam ayah… berusaha apa sahaja untuk anak-anaknya.. malah sanggup bergadai nyawa untuk anak mereka… barulah aku tahu kenapa ayah sering melarang kami untuk buat sesuatu… bila dah besar ni barulah kami tau, rupa-rupanya ada yang kami tak tahu tentang dunia luar.. bayangkan kalau kami ingkar akan nasihat ayah, pasti kami akan hanyut… terima kasih ayah kerana mendidik kami dengan baik… tegas ayah bukanlah kerana bencikan kami, tapi kerana inginkan yang terbaik dari anak-anaknya… malangnya, pengorbanan ayah tu lambat untuk aku sedari. Lepas ayah tak ada, barulah aku tahu betapa besarnya pengorbanan ayah... bagi yang masih punyai ibu ayah, hargailah mereka dan sayangilah mereka selagi ada kesempatan… for my mom and dad, I love both of you soooooo muchhhh!!!! No doubt anymore….