Monday, January 30, 2012

Surat untuk bakal suamiku....

Assalamualaikum....

Khas buat bakal suamiku... Pada saat ini, aku ingin memohon beribu keampunan seandainya aku tidak mampu menjadi seorang suri di hatimu dengan sempurna. Sebelum aku halal bagimu, izinkan aku menjelaskan sesuatu agar kau tidak menyesal memili ku di kemudian hari.... 

Bakal suamiku, aku merupakan insan yang lemah dan tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Akulah insan yang telah mencemari kesucian sebuah percintaan yang seharusnya aku berikan kepada mu, dan aku jugalah yang telah melanggar perjanjian dalam diriku ini. Dulu, aku pernah berjanji bahawa aku tidak akan pernah keluar dengan mana-mana lelaki selagi aku tidak yakin bahawa dia adalah jodoh yang telah ditetapkan Allah buatku. Namun, aku kalah dengan pujukannya, lalu aku keluar berjumpa dengannya. Walaupun perjumpaan itu tidak menjejaskan atau meragut maruah diri aku, tapi aku menyesal kerana aku telah melanggar janji aku pada Allah. Dan itulah kali perama serta terakhir aku berjumpa dengan lelaki tanpa mahram di sisi.  Aku juga pernah menyerahkan gambar-gambar ku kepada mereka yang kononnya akan menjadi suamiku. Betapa naif nya aku ketika itu. Walaupun gambar-gambar ku tidak mendedahkan auratku, namun aku telah membuka ruang kepada mereka untuk memikirkan aku saban hari. Adakah kau masih mahu menerimaku?

Bakal suamiku, aku merupakan seorang insan yang lemah. Aku bukanlah insan yang sempurna yang mampu memberikan kebahagiaan kepadamu selamanya. Aku mengidap lordosis yang teruk sejak lahir. Aku tidak mampu melakukan kerja-kerja yang berat walaupun kadang-kadang aku amat degil untuk lakukannya. Bakal suamiku, menurut doktor, saat aku ditelan usia, aku bakal lumpuh dan sukar untuk aku jalankan tanggungjawab aku dengan sebaiknya. Sudikah kau hidup dengan insan yang bakal menyusahkan hidupmu nanti? Aku juga akan mengalami kesukaran di saat melahirkan zuriatmu nanti. Aku tahu, dengan teknologi yang serba moden ni, dan dengan kuasa Allah tiada yang mustahil... Namun, adakah kamu mahu menerima ku jua walaupun bencana bakal tiba nanti? 

Buat bakal suamiku yang dihargai, masih belum terlambat untuk kau berfikir buat kali kedua. Janganlah kau cuba memiliki ku kerana adanya walaupun sedetik perasaan belas kasihan. Aku masih mampu meneruskan kehidupan ku dengan tenang walaupun tanpa kamu disisi. Aku yakin bahawa setiap yang Allah jadikan itu ada sebabnya. Dan seandainya kau sudi sehidup semati denganku, janganlah pula kau membenci diriku kerana tidak mampu menyintaimu pada saat ini kerana cinta aku hanya untuk suamiku. Di saat aku telah halal bagimu, di saat lafaz sakinah berjaya dilafazkan, di saat itulah cintaku padamu akan mengalir. Aku pohon agar kau menghormati perasaan ku ini kerana aku tidak mahu tersalah meletakkan perasaan ini lagi.

Suamiku, aku telah berusaha menjaga maruahku hanya untuk mu. Walaupun pada saat ini aku masih tidak tahu siapa dirimu sebenarnya, namun aku yakin bahawa Allah akan temukan jua kita satu hari nanti. Aku bukanlah insan sempurna yang menjadi idaman setiap insan di luar sana. Namun, seringkali aku berdoa agar kau dapat menerima ku seadanya dan sudi membimbingku serta membawaku bersamamu ke syurga yang hakiki. Aminn....


Ikhlas,
Insan pilihanmu...


Selalu Aku Berdoa Kepada Yang Maha Esa
Moga Dikurnia Seorang Ratu Di Jiwa
Tempat Untuk Kucurahkan Segala Rasa
Perasaan Yang Tersimpan Seribu Satu Makna

Di Kala Aku Keseorangan
Dia Penghibur Dan Jua Peneman
Hati Yang Sayu Tidak Kesepian
Duka Dan Lara Tiada Keresahan

Ya Allah Tidak Ku Pinta Yang Menawan
Tidak Kuharap Yang Hartawan
Bukan Jua Kerna Kedudukan
Cuma Ku Damba Insan Yang Sepadan

Kasihnya Sejati Bukannya Kerna Paksaan 
Biarpun Derita Yang Menjadi Rintangan
Ketulusannya Yang Tiada Bandingan
Tercipta Ayu Indahnya Peribadi Insan

Alhamdulillah...

Assalamualaikum smua... arini aku nak share beribu perasaan syukur saya ke Hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kesihatan yang baik dan masih memberi aku kesempatan untuk terus menghirup udara segar ni. Alhamdulillah, tahap kesihatan aku semakin baik sekarang. Perasaan gembira tu sukar untuk digambarkan dan hanya Allah sahaja yang tahu segalanya...Alhamdulillah, setelah menjalani rawatan lebih kurang setahun, banyak perubahan yang telah berlaku dan ni semua atas izin Yang Maha Esa juga sebab kalau Allah tak kata "kun fayakun", aku tak akan sembuh seperti sekarang ni... So let's preview and compare keadaan aku masa dulu dan sekarang... (^-^)

  • Dulu, aku susah sangat nak berjalan jauh dan naik tangga yang tinggi. Tapi sekarang, alhamdulillah aku dah mampu berlari anak menaiki tangga. Penat n ketar kaki sikit2 tu ada la bila naik tangga yang tinggi, orang normal pun camtu jgak kn??? hehe
  • Dulu, langkah aku selalu terhenti sebab aku tiba2 tak rasa kaki aku ni. Kadang2 jadi lembik dan aku akan terduduk terus ke lantai. So aku kena hold dalam 2-3 minit macam tu, baru la aku boleh berjalan semula. Boleh dikatakan setiap hari akan jadi macam tu. Tapi sekarang, alhamdulillah aku dah tak alaminya lagi. Aku boleh berjalan dengan lancar tanpa halangan. :)
  • Dulu, aku tak mampu angkat kaki aku ni tinggi2.... Kalau nak berwuduk memang susah, tak dapat nak gosok kaki ni betul2, just alirkan air camtu je. Nak pakai seluar pun kena duduk tau. Kalau nak berdiri pun boleh, tapi aku kena tunduk lebih sikit untuk masukkan seluar kat kaki sebab ability untuk angkat kaki memang tak de. Tapi sekarang, alhamdulillah, aku dah mampu angkat kaki ni. Aku dah boleh berwuduk dan pakai seluar cara orang normal...hehe...cuma kadang2 tu aku still nak pakai seluar cara lama sebab dah terbiase...hehe
  • Seumur hidup aku, aku susah nak duduk bersila dari dulu. Tak sampai 5 minit pun, aku dah tak boleh tahan sakit kat kaki dan pinggang aku. Dan baru2 ni, aku mampu duduk bersila selama setengah jam! Alhamdulillah, nikmatnya rasa dan di situ menitislah tangisan kesyukuran mak di masjid.
  • Untuk terakhirnya, darjah lordosis aku juga telah berkurang. Dulu, terasa sangat tidak selesa untuk bergerak dan pasti akan rasa sakit bila aku banyak bergerak atau buat kerja berat. Alhamdulillah setelah darjah lordosis aku ni berkurang, aku makin mudah bergerak walaupun masih terasa sakit, tapi ia cukup melegakan kerana peritnya dah berkurang.

Buat masa ni, ni adalah perubahan yang berlaku setelah aku melakukan rawatan ceragem ni... Jika ada perkembangan terbaru pasti aku akan share supaya orang lain akan lebih yakin dengan rawatan ni.. Ni adalah salah satu usaha kita, selebihnya aku serahkan kepada Allah. Dan alhamdulillah juga kerana Allah memberi kami hidayah untuk mencuba rawatan ni. Terima kasih Ya Allah!!!

Ni la rawatan yang aku buat.... katil tu buat time cuti kat rumah, yang kecil tu aku buat time aku balik kampus. Yang kecil tu manual, katil tu auto...





Thursday, January 19, 2012

Voucer memberi jawapan

Assalamualaikum... hehe...sebenarnya excited nak cerita pasal vaucer RM200 utk pelajar IPTA. Alhamdulillah aku dah dapat selasa lepas. Sebabkan jadual amat padat dua hari lepas, baru hari ni kami berkesempatan untuk pergi berjalan-jalan di pesta buku depan library baru. Kawan-kawan semua sibuk menari buku, tapi aku??? alamak, tak best la sbb x ada mak n kakak...hehe... lagipun kebanyakkan buku kat situ dah ada kat rumah dan yang tak ada lagi pun himpunan novel2. aku ni kurang berminat membaca novel...huhu...

Tiba-tiba mata aku terpaku dengan satu buku ni "Mengapa kanak-kanak sukar belajar?"... macam menarik.. Tanpa berlengah, aku pun ambil dan baca sinopsisnya.. Subhanallah! Allah memimpin mata dan hatiku untuk mengambil buku tu. Rupa-rupanya buku td berkaitan dengan kanak-kanak istimewa yg mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti autism dan dyslexia. Adik Ainul mengalami dyslexia, jadi buku ni insya-Allah mampu membantu kami dalam mengatasi masalah Ainul...mudah-mudahan...



Mata aku terus lagi mencari buku-buku yang bermanfaat. Aku tak mahu bazirkan duit yang kerajaan berikan ini. Aku seharusnya manfaatkannya sebaik mungkin. Sibuk mencari lagi, aku tersenyum seketika apabila terjumpa lagi satu buku perihal adik. Ya Allah! Terima kasih atas petunjuk yang tidak terhingga ini. Aku jumpa buku "Apa itu disleksia?"... Ya Allah! aku yakin ini merupakan petunjuk dari-Mu agar aku lebih bersabar dengan kerenah adik dan lebih memahami adik aku sendiri...

Sebaik saja aku baca buku tentang disleksia, air mata aku mengalir. Aku mula menyesal sebab selalu marah Ainul bila dia gagal uruska diri sendiri. Aku sebenarnya risaukan dia. Aku takut dia tak mampu survive bile kami dah tak ada. Aku inginkan yang terbaik buat dia. Tapi aku silap. Aku seharusnya memahami adik aku dulu baru ambil sesuatu tidakan.. Ainul, maafkan ninah ye... ape pun, aku harap masih belum terlambat utk kami sekeluarga membantu Ainul. Moga hidayah yang Allah berikan ini tidak aku sia-siakan ... Terima kasih Ya Allah. Buat adik, ninah sayang dik sgt... <3