Monday, September 17, 2012

Mimpi hanya mimpi....


Di saat aku berada di dalam pelukanmu
Aku seperti berada di dalam satu gerbang ketenangan
Kerinduan yang selama ini berbuku di hati
Seolah pergi bersama tangisan kebahagiaanku

Namun, di sebalik kebahagiaan itu
Terselit tangisan yang tidak inginkan perpisahan lagi
Satu pelukan erat itu cuba aku lepaskan
Dengan harapan, aku mampu lakukannya pada esok hari

Di saat mata ku dibuka
Dunia baru buat aku kian menyapa
Kau tiada lagi di sisi
Dan kau pergi bersama mimpi
Aku kini mengharapkan kau hadir lagi
Agar dapat ku lafazkan….
lafaz rasa hati yang selama ini aku simpan
Ingin aku katakan
“Akak sayang ayah selamanya….”

Dan…peristiwa ini terus berulang
Berulang tanpa henti sehingga aku tahu
bahawa aku tidak akan mampu bersua denganmu lagi
Sehingga aku seperti tidak lagi mahu keluar dari alam mimpiku
Agar aku dapat sentiasa bersamamu
Agar aku sentiasa dapat menjadi Sakinah yang dulu
Agar aku dapat melemparkan senyuman bahagia itu
Yang telah lama hilang dari hidupku

Namun, langkah kehidupan itu tetap perlu diteruskan
Tiada titik nokhtah walau sesaat selagi nyawa masih di badan
Tiada titik perjuangan selagi aku masih anakmu
Tiada titik doa selagi aku masih menyayangimu…ayah….


Monday, July 9, 2012

Mr. Perfect

Assalamualaikum...

Tiba-tiba aje dapat idea nak tulis entry pasal "Mr.Perfect" ni... Semestinya dalam hidup kita selalu datangnya angan-angan tentang pasangan hidup kita. Bukanlah mengharap untuk dapat yang sempurna, tapi aku pasti kita semua mesti ada impian tu semua. 

Sama juga la macam aku, dalam diam walaupun tidak mengharap apa-apa pastinya akan terdetik juga kat hati "bestnye kalau suami aku nanti .........bla...bla...bla..." Pernah tak kita terfikir kadang-kadang apa yang kita lafazkan tu adalah doa? Kat sini aku nak share satu kisah benar. Ni kisah kakak kawan aku.... Sangat sweet dan ada kaitan dengan entry aku hari ni :)

Kak cik seorang yang sangat periang dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Walaupun kami baru saja kenal, tapi kami rapat dan mesra macam dah lama kenal. Kadang-kadang kak cik ada juga call aku bertanya kabar walaupun sebenarnya kami bersahabat dengan adik dia. Seperti remaja normal biasa, kak cik juga tak terlepas dari perasaan ingin dicintai dan mencintai. Kehidupan kak cik berlalu seperti biasa.

Banyak kali kak cik bercinta namun percintaan mereka sering kali terputus di tengah jalan. Walaupun masing-masing dah suka sama suka dan iklas menerima diri masing-masing, namun masih juga ada halangan yang timbul. Yela, dah orang cakap tak de jodoh kan...

Tapi suatu hari, kak cik ditukarkan bekerja di tempat lain. Di situ bermula perkenalan antara kak cik dan abang Nuar... Mulanya mereka berkawan biasa je. Secara kebetulan, abang Nuar memang tengah mencari calon isteri. Mungkin wajah dan sikap kak cik itu mampu menawan dan menenangkan hati abang Nuar, lalu abang Nuar pun menunaikan hasrat hatinya....

Sebenarnya, kak cik dan abang Nuar baru je kenal. Tak sampai tiga bulan pun mereka dah bertunang dan seterusnya berkahwin. Mereka hanya menyerahkan takdir dan jodoh pada Ilahi. Macam yang aku selalu dengar, bercinta lepas kahwin tu lebih indah dan alhamdulillah, mereka bahagia hingga sekarang.... 

Apa yang menarik, selepas berumah tangga dan mengenali hati budi dengan lebih mendalam, kak cik temui satu keajaiban. Allah sebenarnya memakbulkan doanya selama ni. Insan yang telah ditetapkan menjadi suaminya, imamnya dan juga pembimbingnya di jalan Allah merupakan insan yang dia damba selama ni. Apa yang diharapkan dalam detik hatinya telah menjadi nyata. Dulunya hanya kata-kata angan "seronoknya kalau aku dapat orang yang macam ......" tapi sekarang semuanya di depan mata. Apa yang dia impikan dalam perkahwinannya semuanya terlaksana kini. Alhamdulillah... 


Selepas akad nikah Kak Cik dan Abang Nuar


Perkahwinan mereka yang sweet tu menjadikan aku lebih yakin dengan jodoh yang telah ditetapkan Allah untuk aku. Aku tidak perlu risau seandainya aku gagal bertemu insan yang aku damba kini kerana aku yakin, Allah telah tetapkan apa yang terbaik untuk hamba-Nya... Semoga kita semua bakal berjumpa Mr.Perfect buat diri masing-masing.

 Kadang-kadang kita dipertemukan dengan seseorang, tapi dia tidak menepati apa yang kita inginkan. Kita pun redha je, mungkin dah jodoh. Tapi tiba-tiba hubungan kita break out macam tu je. Sampaila kita pun hanya berserah pada jodoh yang ditetapkan Allah. Tapi tiba-tiba tanpa kita sedar, Allah temukan kita dengan orang yang tak pernah kita sangka-sangka dia akan hadir. Dan apa yang paling menarik, insan tu merupakan orang yang selama ni kita cari. Seronok bukan? Yakinlah dengan janji Allah bahawa Allah telah tetapkan apa yang terbaik untuk kita cuma kadang-kadang belum tiba waktunya :)

"PERFECT" di sini bukanlah bermaksud sempurna dalam semua aspek, tapi sempurna di mata dan penilaian kita. Tapi seharusnya kita menerima baik buruk pasangan tu. Cuma ia lebih indah bila kita expect less and get more or what we want :) Moga sedikit perkongsian ini menyakinkan lagi kita bahawa janji Allah itu benar. Pada saat ni, aku hanya mampu berdoa agar kita semua dipertemukan dengan insan yang benar-benar mampu membawa kita ke syurga. Amiinn....

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, 
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur:26)



Sunday, July 8, 2012

Kerabu mangga & ikan bakar

Assalamualaikum....

Sedap sungguh makan tengah hari tadi... tak jadi nak diet, siap tambah lagi makannye...huhu...ni semua penangan ikan bakar resepi ibu dan kerabu mangga kegemaran aku la ni... 


Tunjuk sikit je sedangkan ada dalam mangkuk besar. Siap kena buat round kedua lagi...


Walaupun rupa tak menarik tapi rasanya...terangkat... :)



Biskut Raya

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku nak cerita pasal perihal biskut raya... Emm sebenarnya, sepanjang hidup aku selama 21 tahun ni, aku dan juga keluarga aku memang tak gemar biskut raya... Memang dari kecil lagi, aku lebih suka makan lemang, ketupat, kerepek dan kuih-kuih tradisional aje... memang sejak azali lagi la tekak ni tak dapat nak terima kuih-kuih moden ni...

Tapi minggu lepas, kakak aku ada bawak balik 4 balang biskut raya. Katanya kawan dia suruh cuba. Memang tak layan la bisut-biskut raya ni... Tiba-tiba mak aku saje-saje nak cuba. Biskut pertama yang mak rasa, biskut gajus... Reaksi mak sangat berbeza bila makan biskut raya kali ni... "Emmm....sedapnya kak! Meh sini cuba... Serious sedap"...

Aku ni dengan nak percaya tak nak percaya, try la jugak.. Nak jaga hati mak la katakan... Rasa punya rasa...fullammmakkk!!!! Memang sedap... Tak pernah aku makan biskut raya yang sesedap dan serangup tu... daripada tak suka biskut raya, keluarga aku jadi suka pulak... Kerja duk makan je kuih tu... memang sedap la... Sekarang ni, tinggal sebalang je kuih...tu pun tak sampai 10pcs dah rasanya...

Aku memang tabik spring giler la dekat kawan kakak aku tu sebab dah berjaya mengubah selera kami sekeluarga... For sure kami akan order lagi untuk raya ni... Kalau ada yang berminat, boleh la tempah.. Nanti aku tolong sampaikan kat kawan kakak aku tu... Price list pun dah ada skali ni...

P/S : Kalau tak sedap, aku tak kan tolong jual punye :)


1. Dahlia - RM25
2. Chocolate Chips - RM26
3. Red Pearl - RM26
4. Irish - RM25
5. Almond London - RM 27
6. Cornflakes - RM25
7. Star Crunch - RM25
8. Semprit - RM25
9. Gajus - RM25
10.Tat Nenas - RM28
11.Chocolate Rice - RM25
12.Bubble Rice - RM26

* Harga untuk 50 pcs dan tidak termasuk kos penghantaran... Beli banyak harga boleh kurang... 
 :)

Friday, July 6, 2012

PART 1 : Pengenalan

Assalamualaikum...


Pada post kali ni, aku nak share perihal masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan kita selama hari ini iaitu disleksia (dyslexia). Pernah tengok cerita Taare Zameen Par? Ala, yang Aamir Khan berlakon jadi cikgu tu... Emm pastinya lepas kita tengok cerita tu, sedikit sebanyak kita dapat information tentang dyslexia kan?


Dyslexia bukanlah satu KECACATAN OTAK mahupun satu bentuk kelemahan malah dyslexia adalah satu kurniaan Allah kepada hamba-Nya yang tahu erti disebalik kejadian-Nya... Aku beruntung kerana salah seorang dari adik ku adalah seorang dyslexic. Siapa sangka, keluarga kami dipilih Allah untuk menjadi yang istimewa.


Menjaga dan mendidik seorang kanak-kanak dyslexic bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana setiap yang kita ajar dan kita katakan pasti sukar untuk mereka fahami. Jadi, kita seharusnya bersabar dalam mengajar mereka disamping menggunakan teknik yang betul. Jadi, untuk post2 bagi label dyslexia ni, aku akan berkongsi segala pengalaman dan kisah aku berkaitan Ainul. Aku juga akan berkongsi bagaimana cara kami mengesan dan mengatasi masalah dyslexia ni.


Apa yang aku harapkan, sedikit perkongsian ilmu ini mampu membantu para ibu bapa agar dapat mengenali anak-anak mereka dengan lebih dekat. Kadang-kadang kita rasa anak atau adik kita normal sedangkan sebaliknya. Dan kadang-kadang kita selalu marah kenapa anak kita tak mampu jadi seperti orang lain, tak mampu dapat keputusan yang cemerlang. Tapi sedarkah kita yang kita sendiri tidak pernah cuba atau kenal mereka.


Anak dyslexia mempunyai bakat dalam bidang lain, bukan bacaan :)
Kami juga pernah melakukan kesilapan dalam mendidik adik sebelum kami dapat tahu yang Ainul merupakan pelajar dyslexic. Jadi, biarlah kesilapan itu hanya kami yang lakukannya. Insya-Allah dalam post yang akan datang, aku akan ceritakan bagaimana kami mula mengesan masalah pembelajaran yang dihantui Ainul selama ini....



Thursday, July 5, 2012

Tak sihat ke???

Assalamualaikum...

Hari ni aku tak berapa sihat... Dah banyak hari dah sebenarnya...Macam nak demam je.. Maklumla, musim demam sekarang...

Even tengah demam pun, aku ta la sampai tak boleh nak bergerak... Masih mampu berjalan merata... Lagipun, memang sifat semula jadi kot tak nak layan sangat sakit ni... So buat-buat sihat la...

Punya la dah terbiasa sihatkan diri ni, sampai lupa diri pun ada... Macam tak ada apa-apa berlaku... Tanpa aku sedar, suara aku dah tak ada rupanya. Cakap macam biase je walaupun rasa yang tekak ni pedih sikit. Tapi bila ada jiran aku tanya "Tak sihat ke?" aku pun jadi blur...

"Macam mana Kak Ma tau aku tak sihat.. Rasa macam ok je ni..." duk mengomel je la dalam hati... Aku pun automatik geleng... Baru aku perasan rupanya suara aku dah tak de... Astaghfirullah.... Memang berlagak sihat je tadi... haha

So sekarang perlu rehatkan suara.... Tak dapat la nak melalak sangat kat umah...huhu... Dinasihatkan pada yang lain tu, banyakkan minum air masak ye dan sentiasa la alert pada perubahan diri sendiri ;p ...

Friday, June 1, 2012

Photographer cilik


Assalamualaikum... 

baru-baru ni lepas je mengemas rumah, aku jumpa kamera kakak. Dah berhabuk dah kamera tu, maklumla tak berusik. Aku memang tak pandai nak guna kamera canggih tu.

Tapi tiba-tiba rasa berminat pulak nak menggodek kamera tu. Maklumla, kamera camtu memang tengah popular sekarang cuma kamera kakak tu model lama. Pucuk dicita, ulam mendatang la pulak... Kakak suruh guna kamera tu sebab kalau lama tak guna nanti rosak... emm start la aku menangkap gambar.... Disebabkan tak berapa professional, so gambar yang aku snap tak la cantik sangat... ni die gambar antara gambarnya....




                                      



 Tapi, apa yang lebih menarik, Ainul juga tak terlepas menjadi photographer cilik... Bakatnya lebih terserlah rupanya... Subhanallah!!! inilah kelebihan anak istimewa dyslexia ini... Ainul mempunyai bakat terpendam yang jauh lebih baik dari kakaknya yang normal ini... inilah kurniaan Allah yang tidak terhingga... Lihat saja telatahnya, penuh minat dalam bidang photographer... Ni antara snap shot dari Ainul...