Friday, July 6, 2012

PART 1 : Pengenalan

Assalamualaikum...


Pada post kali ni, aku nak share perihal masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan kita selama hari ini iaitu disleksia (dyslexia). Pernah tengok cerita Taare Zameen Par? Ala, yang Aamir Khan berlakon jadi cikgu tu... Emm pastinya lepas kita tengok cerita tu, sedikit sebanyak kita dapat information tentang dyslexia kan?


Dyslexia bukanlah satu KECACATAN OTAK mahupun satu bentuk kelemahan malah dyslexia adalah satu kurniaan Allah kepada hamba-Nya yang tahu erti disebalik kejadian-Nya... Aku beruntung kerana salah seorang dari adik ku adalah seorang dyslexic. Siapa sangka, keluarga kami dipilih Allah untuk menjadi yang istimewa.


Menjaga dan mendidik seorang kanak-kanak dyslexic bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana setiap yang kita ajar dan kita katakan pasti sukar untuk mereka fahami. Jadi, kita seharusnya bersabar dalam mengajar mereka disamping menggunakan teknik yang betul. Jadi, untuk post2 bagi label dyslexia ni, aku akan berkongsi segala pengalaman dan kisah aku berkaitan Ainul. Aku juga akan berkongsi bagaimana cara kami mengesan dan mengatasi masalah dyslexia ni.


Apa yang aku harapkan, sedikit perkongsian ilmu ini mampu membantu para ibu bapa agar dapat mengenali anak-anak mereka dengan lebih dekat. Kadang-kadang kita rasa anak atau adik kita normal sedangkan sebaliknya. Dan kadang-kadang kita selalu marah kenapa anak kita tak mampu jadi seperti orang lain, tak mampu dapat keputusan yang cemerlang. Tapi sedarkah kita yang kita sendiri tidak pernah cuba atau kenal mereka.


Anak dyslexia mempunyai bakat dalam bidang lain, bukan bacaan :)
Kami juga pernah melakukan kesilapan dalam mendidik adik sebelum kami dapat tahu yang Ainul merupakan pelajar dyslexic. Jadi, biarlah kesilapan itu hanya kami yang lakukannya. Insya-Allah dalam post yang akan datang, aku akan ceritakan bagaimana kami mula mengesan masalah pembelajaran yang dihantui Ainul selama ini....



No comments: