Monday, July 9, 2012

Mr. Perfect

Assalamualaikum...

Tiba-tiba aje dapat idea nak tulis entry pasal "Mr.Perfect" ni... Semestinya dalam hidup kita selalu datangnya angan-angan tentang pasangan hidup kita. Bukanlah mengharap untuk dapat yang sempurna, tapi aku pasti kita semua mesti ada impian tu semua. 

Sama juga la macam aku, dalam diam walaupun tidak mengharap apa-apa pastinya akan terdetik juga kat hati "bestnye kalau suami aku nanti .........bla...bla...bla..." Pernah tak kita terfikir kadang-kadang apa yang kita lafazkan tu adalah doa? Kat sini aku nak share satu kisah benar. Ni kisah kakak kawan aku.... Sangat sweet dan ada kaitan dengan entry aku hari ni :)

Kak cik seorang yang sangat periang dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Walaupun kami baru saja kenal, tapi kami rapat dan mesra macam dah lama kenal. Kadang-kadang kak cik ada juga call aku bertanya kabar walaupun sebenarnya kami bersahabat dengan adik dia. Seperti remaja normal biasa, kak cik juga tak terlepas dari perasaan ingin dicintai dan mencintai. Kehidupan kak cik berlalu seperti biasa.

Banyak kali kak cik bercinta namun percintaan mereka sering kali terputus di tengah jalan. Walaupun masing-masing dah suka sama suka dan iklas menerima diri masing-masing, namun masih juga ada halangan yang timbul. Yela, dah orang cakap tak de jodoh kan...

Tapi suatu hari, kak cik ditukarkan bekerja di tempat lain. Di situ bermula perkenalan antara kak cik dan abang Nuar... Mulanya mereka berkawan biasa je. Secara kebetulan, abang Nuar memang tengah mencari calon isteri. Mungkin wajah dan sikap kak cik itu mampu menawan dan menenangkan hati abang Nuar, lalu abang Nuar pun menunaikan hasrat hatinya....

Sebenarnya, kak cik dan abang Nuar baru je kenal. Tak sampai tiga bulan pun mereka dah bertunang dan seterusnya berkahwin. Mereka hanya menyerahkan takdir dan jodoh pada Ilahi. Macam yang aku selalu dengar, bercinta lepas kahwin tu lebih indah dan alhamdulillah, mereka bahagia hingga sekarang.... 

Apa yang menarik, selepas berumah tangga dan mengenali hati budi dengan lebih mendalam, kak cik temui satu keajaiban. Allah sebenarnya memakbulkan doanya selama ni. Insan yang telah ditetapkan menjadi suaminya, imamnya dan juga pembimbingnya di jalan Allah merupakan insan yang dia damba selama ni. Apa yang diharapkan dalam detik hatinya telah menjadi nyata. Dulunya hanya kata-kata angan "seronoknya kalau aku dapat orang yang macam ......" tapi sekarang semuanya di depan mata. Apa yang dia impikan dalam perkahwinannya semuanya terlaksana kini. Alhamdulillah... 


Selepas akad nikah Kak Cik dan Abang Nuar


Perkahwinan mereka yang sweet tu menjadikan aku lebih yakin dengan jodoh yang telah ditetapkan Allah untuk aku. Aku tidak perlu risau seandainya aku gagal bertemu insan yang aku damba kini kerana aku yakin, Allah telah tetapkan apa yang terbaik untuk hamba-Nya... Semoga kita semua bakal berjumpa Mr.Perfect buat diri masing-masing.

 Kadang-kadang kita dipertemukan dengan seseorang, tapi dia tidak menepati apa yang kita inginkan. Kita pun redha je, mungkin dah jodoh. Tapi tiba-tiba hubungan kita break out macam tu je. Sampaila kita pun hanya berserah pada jodoh yang ditetapkan Allah. Tapi tiba-tiba tanpa kita sedar, Allah temukan kita dengan orang yang tak pernah kita sangka-sangka dia akan hadir. Dan apa yang paling menarik, insan tu merupakan orang yang selama ni kita cari. Seronok bukan? Yakinlah dengan janji Allah bahawa Allah telah tetapkan apa yang terbaik untuk kita cuma kadang-kadang belum tiba waktunya :)

"PERFECT" di sini bukanlah bermaksud sempurna dalam semua aspek, tapi sempurna di mata dan penilaian kita. Tapi seharusnya kita menerima baik buruk pasangan tu. Cuma ia lebih indah bila kita expect less and get more or what we want :) Moga sedikit perkongsian ini menyakinkan lagi kita bahawa janji Allah itu benar. Pada saat ni, aku hanya mampu berdoa agar kita semua dipertemukan dengan insan yang benar-benar mampu membawa kita ke syurga. Amiinn....

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, 
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur:26)



No comments: