Wednesday, February 29, 2012

Tanda Allah Sayang

Lately, aku amat2 busy dengan kerja sebenarnya. Maklumla, dah hujung2 ni, dekat dgn final exam. Nak2 pulak final semester.. Sampai nak call mak pun tak sempat kadang2 tu. Sedar2 je dah pukul 12 tgh malam, nanti ganggu mak tidur plak. Boleh dikatakan masa aku banyak dihabiskan di kampus. Dan hari ni pun masih sibuk lagi, tapi disebabkan satu perkara ni, aku jadi down sikit hari ni dan terus call mak untuk dapatkan sedikit ketenangan. Dan sebab itu juga aku mencuri masa untuk luahkannya pada blog ni supaya aku tak stress sangat...

Sepanjang aku belajar dan hidup, aku tak pernah gagal dalam peperiksaan. Itulah nikmat yang sentiasa Allah berikan kepada aku. Walaupun kadang2 markah aku teruk, tapi tak la sampai gagal. Tapi hari ni, Allah telah menarik nikmat yang Dia berikan kepada aku. Itulah tanda Kekuasaan-Nya. Allah mampu berikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia juga boleh menarik nikmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. 

Aku terlalu selesa dengan kedudukan aku, mungkin sebab tu Allah beri peringatan ni kepada aku. Kenapa? Kerana Allah sayangkan aku. Kerana terlalu sibuk, aku terlupa nak call mak untuk minta restu sedangkan sebelum ni, itulah yang akan aku lakukan sebelum menjalani ujian, presentation, semua la..Doa ibu terlalu penting buat ku. Dan ini juga tanda sayangnya Allah kepadaku kerana memberi peringatan bahawa pentingnya doa dan restu seorang ibu demi memastikan kecemerlangan anaknya. 

Tapi, kegagalan ini merupakan titik tolak untuk aku bangkit kembali. Ini adalah peringatan untuk aku. Aku bersyukur sangat kerana Allah memberikan peringatan ni. Mujurlah baru test. Kalau final exam macam mana? Mungkin aku akan lebih kesal dan down kn? Dan inilah tanda Allah sayang.

Aku pasti, ramai lagi di luar sana yang merasai kegagalan dalam hidup. Usah sesal kawan. Bangunlah dan cuba ubah semuanya. Masih belum terlambat untuk kita mengubahnya. Akan aku jadikan kegagalan ni tercatit buat pertama dan terakhir kalinya dalam hidup aku. Final exam merupakan titik terakhir untuk aku. Akan aku usaha sebaik mungkin. Aku pohon pada-Mu Ya Allah, aku memohon agar aku mendapat keputusan yang cemerlang kali ni. Aminn...

So....ape lagi? pi la study! Sibuk je nk blogging ngan fb bagai...hehe... (pesanan utk diri sendiri) Hwaiting!!!!


Monday, February 20, 2012

Keliru...

Adakah signs2 yang aku dapat ni meninginkan aku bersabar?
Adakah sign2 ni semua jawapan bagi sebuah soalan?
Atau adakah sign2 ni semua untuk menguji keteguhan hati Sakinah?
Moga aku mampu tempuhinya dan temui jawapannya....
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Ku...

Thursday, February 16, 2012

Kenapa dia???



1)      Kerana agamanya.
2)      Kerana ada sifat tanggungjawab dalam dirinya.
3)      Kerana hidupnya yang terlalu sempoi dan sederhana.
4)      Kerana keperihatinan dia.
5)      Kerana sikapnya yang tidak kedekut ilmu.
6)      Kerana dia tidak pernah mengganggu masa study dan masa aku bersama family.
7)      Kerana dia tidak mengongkong aku.
8)      Kerana dia memahami commitments masing-masing.
9)      Kerana dia tak mesej atau call aku hari-hari (aku ada masa untuk diri aku sendiri).
10) Kerana dia faham kalau aku lambat atau tak reply msj tu maknanya aku memang tengah ada kerja.
11)  Kerana dia hormati setiap pilihan aku.
12)  Kerana dia menjaga batas pergaulan.
13)   Kerana dia bukan nak main-main macam yang lain.
14)   Kerana dia menolak couple.
15)   Kerana dialah insan yang aku cari selama ni…
16)   Kerana aku tak jumpa lagi lelaki yang mampu jadi seperti dia…

“Kami tak mahu couple, cukuplah sebagai kawan baik untuk memahami diri masing-masing… 
Jika ada jodoh, insya-Allah bertautlah hati kami setelah terlafaznya lafaz sakinah…”

Friday, February 10, 2012

Tak matang lagi la...

Emm...xtau nak ngarut pe arini cume na mintak maaf kat beberapa orang insan ni kot. 
Mungkin ada antara mereka yang baca blog ni...

Aku cuma nak minta maaf kalau permintaan korang tak dapat aku penuhi. 
Hormatilah aku yang cuba untuk pertahankan prinsip hidup ni.
Dan bagi aku, aku masih mentah dan belum matang untuk fikirkan semua ni.

Maaf, satu ikatan tu amat suci nilainya. 
Aku tak nak kotorinya dan sekarang bukan masa yang tepat untuk memikirkannya...
Kerana aku masih mentah dan belum matang.

Aku hanya mengikut aturan Allah dan aku yakin Allah dah tetapkan apa yang terbaik.
Dan memang aku tak ada masa pun nak fikir benda-benda remeh ni.

Hidup aku masih lagi berjalan lancar, mcm normal...
Tak ada sedikit pun yang berubah...

Ape yang penting, tiada istilah COUPLE dalam hidup aku...
Aku selesa macam ni...

Dan aku tak takut dengan masa depan =)
Sebab Allah sentiasa dengan kita... =)


Thursday, February 9, 2012

Permata Yang Dicari...




Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan pada ku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah jika dia benar untuk ku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milik ku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat Mu
Jika dirinya bukan untuk ku
Redha hatiku dengan ketentuan Mu

Ya Allah Engkaulah
tempat ku bergantung harapan ku
ku harap diriku sentiasa
di bawah rahmat Mu




Ya Allah.. tanpa aku sedari, hati aku telah diketuk oleh seorang insan yang tidak pernah aku sangka kewujudannya. Ya Allah, aku yakin dengan kebesaran kuasa-Mu, namun aku masih sangsi, adakah Kau ingin tunjukkan sesuatu kepadaku atau Kau telah pun memakbulkan doaku selama ini?

Aku sering berdoa agar pintu hatiku hanya akan terbuka apabila aku telah bertemu dengan insan yang benar-benar akan menjadi milikku. Walaupun aku sering didatangi oleh kumbang-kumbang, namun tidak pernah hatiku terbuka untuk menerima mereka melainkan hanya sebagai kawan. Namun, setelah aku bertemu dengan dia, pintu hatiku seakan terbuka untuk menerima dia dalam hidup aku.

Ya Allah! Aku memohon kepad-Mu… andai dia memang telah diciptakan untukku, dekatkanlah hati kami dan peliharalah hubungan kami ini. Jauhilah kami dari segala perbuatan yang menghampiri maksiat. Ya Allah! Tanpa aku sedari, dialah lelaki yang aku dambakan selama ini… Moga kali ini, hati aku tidak tersalah lagi… Aku mohon petunjuk Mu, Ya Allah..

Sucinya Hati...

Duhai hati...
Mengapa terlalu sukar untuk kita singkap?
Penuh rahsia tanpa siapa dapat membacanya

Duhai hati...
Kadang kepala mengangguk berkata "YA"
Tapi tahukah kita bahawa hati menyangkal semuanya?
Kadang tangan melakukan kerja
Namun ikhlaskah hati kita?

Dan kadang bibir ini tersenyum
Tapi tahukah kamu bahawa hati sedang menangis?

Duhai hati...
Diri ini sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya dirasai
Sedih, marah, gembira...
Semua berampur baur...

Duhai hati...
Berikanlah jawapan sebenar kata hatimu
Jangan pernah kau disakiti lagi
Luahkan sahaja apa yang terbuku
Lafazkan saja YA kalau itu benar-benar di hati
Laungkan saja TIDAK kalau kamu benar-benar benci

Duhai hati...
Kau terlalu suci
Kerana kau tak mahu membohongi
Walau jasadmu teguh berdiri
Namun kesakitan tetap kau rasai
Jauh di lubuk hati

Duhai hati...
Peliharalah diriku ini
Sesuci ketulusan hati ini
Agar tiada lagi hati lain yang disakiti

P/S : Kepada hati yang pernah aku lukai, maafkanlah... Aku hanya insan biasa yang juga sering disakiti. Aku tak mampu menjadi sempurna di mata semua kerana aku hanya menjadi diriku...

Tuesday, February 7, 2012

Marah???

Maaf sangat-sangat....

Saya sendiri tak tahu sama ada saya marah atau tak 
sebab saya memang tak tahu macam mane nak marah.

Mungkin saya cuma kecewa....

Dan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan ni, hanya dengan pendam, nangis dan luah pada blog.

Saya tak nak orang tu tahu kalau saya marah atau kecewa terhadap dia.
Sebab saya masih sayangkan ukhuwah yang terjalin ni..

Saya bukan hipokrit, tapi cukuplah sekadar bersabar dalam mempertahankan sebuah persahabatan atau ikatan.

Itulah saya yang sebenarnya.
Terima kasih...~~

Monday, February 6, 2012

Doa sekeping hati wanita...

Video seorang insan ini benar-benar membuka mata dan hatiku untuk terima semua ni dengan tenang. Ya Allah! Aku pohon pada-Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hatiku hanya buat suamiku, bukan untuk sesiapa yang bukan menjadi milikku. Amin ya Rabbal 'Alamin...


Sunday, February 5, 2012

What these tears for???

Arghhhh!!!!

Menyesal!!!!!!

Kenapa nak nagis sbbkan kau???

Gile ape???

Kau percayakan dia???

Tidak lagi sebab kali ni hati ni benar2 hancur...

Terima kasih atas segalanya....



Friday, February 3, 2012

21 tahun....

Alhamdulillah, dah 21 tahun usia aku kini. Meningkatnya usia aku ni menandakan semakin hampir saat kematian menghampiri aku. Dan bertambahnya usia ini, menandakan semakin banyak pengorbanan yang telah ibu dan ayah berikan demi membesarkan aku... Terima kasih ibu & ayah... Ni merupakan video yang dibuat khas untuk ibu & ayah....


Alhamdulillah....

Ya Allah!!! Terima kasih kerana telah membuatkan hatiku tenang kembali setelah tidur yang panjang tadi...hehe... teruk betul aku ni, tidur bukan main lama tadi tapi tu je yang mampu dilakukan untuk redakan marah ni setelah beristighfar sekian lama.

Terima kasih juga Ya Allah sebab telah menggerakkan hatiku untuk slow talk dengan roommate aku ni. Saat nie baru aku dapat mengenalinya dengan lebih dekat. Dia bukanlah seorang yang suka dibebel dan dimarah. Or else dia akan memberontak or buat "don't know" je... Tapi kwn baru aku ni jenis yang perlu diberi arahan setiap masa dan perlu di bawa berbincang...

Aku bukanlah seorang yang suka memberi arahan sebab aku tak mahu memerintah orang. Tapi bila difikirkan, ni je cara untuk aku tolong dia berubah. Aku harap, kali ni kwn baru aku atau roommate aku akan berubah... Mudah2an....

Malas @ ******


Bayangkan, kamu adalah orang pertama yang meninggalkan rumah sebelum bermulanya cuti. Kamu telah pun mengemas rumah tu dengan sebaik mungkin bersama seorang teman bilik kamu sebelum meninggalkan rumah pagi tu.

Apabila pulang dari bercuti selama 5 hari, kamu dapati bilik yang kamu kemas tu tadi tidak seperti sedia kala. Bila kamu melangkah masuk ke dalam bilik, bau yang sangat menyakitkan hidung telah menusuk masuk sehingga menyebabkan keluarga yang mengiringi kamu termuntah... Ulat2 bersepah, bertaburan di lantai dan tempat sampah... Bau seakan bangkai, semua ada...

Wah...rasa maca nak je pergi bunuh orang yang buat semua tu kan? Kau orang last yang tinggalkan rumah, so make sure la semua sampah di buang dan sisa2 makanan yang kau makan tu tolong la buang. Otak kau letak kat mana? Tak kan la tak boleh fikir yang makanan tu dan sampah tu akan berulat bila kau tinggalkan selama 5 HARI!!!

Kitaorang kemas elok2 pagi tu sebab tak nak kau susah2 kena kemas sebelum tinggalkan rumah. Tapi kau susahkan aku dan family aku untuk kemas sisa makanan kau tu! Mak aku pun duk kemas bilik tu sampai muntah2. Mmg mcm ***** la kau ni... Aku marah sebab ni  melibatkan keluarga aku!

Serius, aku tak tau kenapa orang mcm kau wujud kat dunia ni. Nak kata kau ni x pandai, tak kan la sampai masuk u kn??? Kau ni memang malas nak guna otak kau tu untuk berfikir kan? Menyesal aku amek kau jadi roommate aku. Ni pun sebab kesian la ni, tu yang amek kau tu. Tapi bila kesian, camni la jadi. Hamba kpd org pemalas mcm kau. Aku rasa, kalau aku takda, rumah ni dah mcm rumah usang pn kau boleh duduk kan. 

Kau ni memang dasar muka tembok and tak da feeling kan? Arda siap kemaskan tempat study kau lagi sebab tak tahan tengok bersepah sangat, tapi kau tak pulak rasa malu kn? Dah la tak ckp terima kasih, pergi sepahkan lagi ada la. Tak sampai sehari mata kitaorg nak tenang tengok tmpt kau bersih...Aku tak tau la orang jenis ape kau ni. Kesian la kat kitaorg. Kitaorg pun busy jgak, siap xda masa 24jam nk ckp dlm fon ag tau. Kau siap ada lebih2 masa nak borak ngan pakwe plak tu... mak kau tak pulak kau call kn?

Pape pun, kepada yang baca blog ni, aku bukanlah nak mengaibkan sesiapa tapi tolong la amek iktibar dari semua ni especially perempuan. Kamu tu anak dara, kalau pemalas tak tau la nak jadi ape nnt. Dah kawin nnt aku tak rasa boleh kekal lama kalau perangai masih berterusan mcm ni...~~~

Sampai bila???

Ya Allah!!! Sampai bila aku harus bertahan dengan sikap roommate aku ni? Kenapa la dia terlalu lemah dalam menggunakan kebijaksanaan yang Engkau berikan? Secara jujurnya, aku tak nampak langsung apa kelebihan yang dia ada kecuali cantik la. Aku akui yang dia lebih cantik dari aku tapi ramai lagi yang lebih cantik dari dia. Aku bukan nak aibkan dia tapi bloh ni je tempat aku luahkan rasa sakit hati ni sebab aku bukannya suka2 nak tengking2 orang. Bebel tu biase la...

Pagi tadi aku happy sangat bile die cakap die nak balik utk cuti weekend ni. Wah, ada chance aku nak wat clearance utk bilik ni. Dah macam ape ntah bilik aku ni. Alih2 di cakap die x jadi balik... adoi... sakit kepala aku. Camne aku nak kemas ni kalau die ada? Tak pe la, mungkin kalau dia ada, dia boleh tolong aku kemaskan. Aku pun masak la dgn sorang lg roomate aku ni, arda. Kelam kabut sikit masak tadi sebab arda nak balik dah time tu.

Lepas je makan aku pun angkut la pinggan mangkuk untuk basuh. Dia x habis lg makan, so aku mintak tlg dia habiskan makanan tu. Mamandangkan mmg niat aku nak kemas bilik tu, so aku pun start la kemas bhgn pantry dulu. Dia dengan cool tengok je dan basuh pinggan mangkuk yang berbaki tadi. Sakit nye hati bila aku masuk bilik, dia tak tolong basuh periuk2 yang guna td. Dah la kitaorg masak, basuh pun tak kan nak kena suruh kot?

Dengan baik nye, aku pun angkat semua periuk2 tu pergi ke tandas. Dan dengan selumbernya dia boleh tanya "Tak pe ke basuh sorang?".... aku pun jawab dengan penuh sindiran "Tak pe, aku dah biase dah buat sorang2..." Aku harapkan dia faha sindiran tu, tapi hancur belaka. Balik je bilik tengok dia sedap bersantai... Adoi... lemak betul minah ni... Aku orang gaji kau ke???

Harap muka je cantik tapi pemalasnye tak ada orang boleh lawan. Kahwin tergedik2 sangat tapi kerja rumah pun tak boleh nak harap. Seriously, aku tak ada hormat langsung kat kau dah. LANGSUNG!!!!! Dan kalau la aku ni mak kau, aku menyesal ada anak macam kau. Aku harap sangat zuriat aku nanti tak la seteruk macam kau. Jauh lebih baik jaga adik aku yang ada dyslexia tu, yang tak pandai membaca tu dari jaga orang yang normal tapi tak pandai nak gunakan kelebihan tu sebaiknya.

Ya Allah! Kau bukakanlah pintu hatinya untuk berubah. Kemalasan dia tu bagi kesan kat semua orang terutama diri dia. Aku tak tau ape nak jadi dgn dia. Sebagai khalifah Allah, bagi aku, dia telah sia2kan hidup dia. Islam utamakan kebersihan tapi dia tak.

Islam suruh kita berusaha, tapi dia??? duk ckp dlm telefon ngan pakwe bleh dikatakan 24jam, xpn mngadap laptop dan tido. So, jgn nak salahkn org lain atau rasa rendah diri bila orang lain DL. Ape yang penting, sebagai umat Islam, dah jd tanggungjawab kita untuk solat. Alhamdulillah, kau solat tapi di akhir waktu. Aku pernah nmpk kau mengaji sekali je. Tu pun sbb kau sakit time kau ckp kononnye kau kena "buat". Aku ingatkan bila dah jd camtu, ko akan lebih dekatkan diri dengan Allah, tapi??? Siap mintak tlg aku bacakan Yassin lg.. Kalau kau nak lawat syaitan tu, kau tu kena kuat. Jangan jadi mcm syaitan wahai kawan ku... 

Aku tak tahu la nak buat mcm mana lg. Sakit sangat hati ni. Bebelan ni dah jadi sia2. Memang lepas ni aku akan bagi arahan je kat kau. Lantak la kau nak marah ke ape ke tapi tu je cara untuk ubah diri kau. And please, jgn nak cakap perkataan "MALAS" lg dgn aku!!! 

Shoud I tell u everything?

Should I tell u everything what to do in your life? Bila aku start bersuara kau cakap aku kuat membebel tapi tu la hakikatnye. Aku bukanlah cerewet sgt tp at least laksanakan la tugas ikut kematangan dan tubesaran umur.

Memangla kau tak bagi aku kemas barang2 kau sebab xnak menyusahkan, tapi kalau tak nak aku buat mcm tu, kau kemas la barang2 kau tu elok2. Mata ni amat2 sakit bila tengok keadaan serabut.

I'm not too proper or strict in everything but at least biarla smuanya nampak teratur. Tak kan benda kecik pun nak kena aku bgtau apa yang kena buat. Don't make your life too simple or else u'll beome a looser. 

Please girl, kamu dah besar. Tau adab, tau tanggungjawab, so laksanakan sebaik mungkin. I'm not your "mak tiri" yang perlu membebel tiap hari. 

Seriously, aku sangat sedih bila tengok anak dara yang sangat pemalas ni. Malas sikit xpe, jgn bnyk. 

Lagi menyedihkan bila diaorg ni xada adab. tak nak sentuh banyak pasal ni sbb klu disentuh bnyk pulak yang aku bebelkan... Please la, adab kita pikul dari kecil. Benda tu xyah diajar pun, 

Adik aku jauh lebih kemas dan beradab sebenarnya... so, terbuktilah mak ayah aku sangat pandai mendidik anak2 mereka. Thanks mom & dad...

Thursday, February 2, 2012

Suka-suki

Wahai blog tempat ku luahkan segalanya.. sebenarnya, xda benda pun nak ngarut rini, tp tibe2 dpt idea utk share tentang hobi aku yang nampak membuang masa tapi mendatangkan kepuasan dalam diri....hehe...

Bile bosan je, aku memang suka dengar lagu. Boleh dikatakan suku atau sparuh dari hari aku, aku habiskan dgn dengar lagu. Genre? emmm xkira tapi lebih kpd rentak slow la. Dan selalunya memang aku campurkan lagu2 tu, lagu cinta ke, nasyid ke, zikir ke... so semua aku dengar. Dan setiap kali dengar lagu tu, mood aku pun berubah ikut lagu la.. Kalau time nasyid atau zikir tu, keluarlah muka insaf atau muhasabah diri... Dengar lagu ni boleh bagi aku idea untuk laksanakan dua lagi hobi aku seterusnya. Kalau xda lagu, susah sikit kot untuk aku buat keje dengan lancar...hehe... and currently aku memang suka dengar lagu2 yang encik mimpi nyanyi sebab suare die best and kadag2 lawak sengal yang die selitkan boleh buat aku gelak pecah perut. so kurangla tekanan sikit kat sini,,,hurm....

Ok la, ni hobi aku yang pertama. Memandangkan aku ni hari2 mengadap laptop sebab banayak tugasan kuliah perlu disiapkan dalam "baby red" aku ni... So setiap kali mata aku dah penat mengadap kerja yang lambat sangat nak siap ni, aku pun mula la duk buka folder2 pic yang aku ada. Pastu mula la aku buka photoscape untuk aku start edit gambar. Aku pun tak tau kenapa aku suka sangat edit gambar. Bukan la nak ubah rupa paras yang dah Allah berikan ni, tapi bila dapat hasilkan sesuatu dengan lebih baik, rasa puas sangat. Ni la beberapa hasil gambar yang telah aku edit termasuklah gambar kawan2 dan sahabat aku. Mula dari tau edit sikit2 sampai la boleh wat lebih sikit skrg tapi masih banyak yang perlu dipelajari...sape2 yang sudi share ilmu eedit gambr ni amat2 dialu-alukan.. :)














Emm...tak la hebat sangat tapi cukup untuk memusakan hati ni...hehe...emm kalau aku ada masa yang lebih pulak, aku lebih suka buat handmade mcm goodies ke, bunga stokin ke tak pun kotak tisu. Tapi tu la, aku ni tak begitu pakar buat smua ni, duk belajar lagi. So kekemasan amat la kurang. Tambah pulak, aku ni tak la kretif sgt tp saje gedik nak buat jgak. Rasa seronok walaupun hasilnya selalu mengecewakan...huhu...ni antara koleksi handmade yg pnah aku buat. Lately aku stop kejap buat sebab kekurangan masa terluang... huhu..tp cuti pannjang nnt aku tetap nak buat lagi.. :)

 Ni first bunga stokin yg aku buat. Sangat simple.

 Ni pulak butterfky gergasi yang tak jadik. Adoi..buruknya...

 Baru ada improvement sikit sbb baru tau nak buat lekuk2 untuk kelopak bunga...hehe

 Ni pulak bunga dari beg plastik. Dari buang, lebih baik aku buat bunga..

 Ni semua collection goodies yang aku buat dari reben gulung...

 First time buat bunga organza.. seb baik jadi...

 Ni 4 dari 5 bunga stokin first time aku buat.

 Ni pulak first time buat kotak tisu. Sangat2 simple n xda idea time ni...

 Second time, dah mula reti buat kotak guna cardboard. Cantik x? Ni specially made for my lovely sister...


Dua2 yang warna coklat ni untuk Kak Nur. Hopefully dia suka. :)