Saturday, June 25, 2011

Aku Tak Bodoh

Cerita ni dah lama la jugak, tapi baru jer aku tengok… biase la, baru ada kesempatan… cerita ni sangat-sangat best. Personally, aku rasa cerita ni betul-betul akan bagi impact bagi sesiapa yang menghayatinya. Memang aku tabik spring la dengan orang yang buat cerita ni.. cerita ni mampu mengubah pemikiran manusia dan menyedarkan akan kesilapan kita. Contohnya, ibu bapa pastinya akan menyesal dengan tindakan mereka marah anak-anak. Betul, anak-anak seharusnya dipuji, bukan dimarah dan dihukum. Pujian itulah yang sebenarnya akan menaikkan semangat kita untuk terus bangun. Contohnya, mak dan ayah aku sendiri. Walaupun keputusan SPM aku tak la sehebat kakak, tapi ayah masih mencari kelebihan aku untuk dipuji. Kesannya, aku tak la patah semangat. Mak juga amat bersyukur dengan keputusan aku… katanya, keputusan tu dah ok walaupun ada yang c…hehehe… mak cakap, ok la ni dari keputusan mak dulu… hurm..sekarang baru aku tau kenapa mak dan ayah tak pernah menyesal akan kelemahan anak-anaknya. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami ibu bapa yang sangat baik, penyayang dan memahami… Cuma sikap kami aje kadang-kadang suka memberontak… maklumla, naluri remaja… namun, kematangan pasti akan mengajar kami erti hidup yang sebenar… emmm…anak-anak juga seharusnya dilayan dengan sewajarnya dan diberikan waktu… kalau kita asyik sibuk mencari kekayaan hingga lupakan mereka, memang la mereka akan cari orang lain untuk dijadikan keluarga… so, luangkanlah masa dengan anak-anak selagi kita punya waktu buat mereka… aku paling suka bila ayah Sudin dalam cerita ni nasihat pengetua… memang betul, buang pelajar dari sekolah tidak mampu mengajar mereka. Malah akan menambahkan masalah social sahaja. Budak-buudak nakal ni seharusnya diberi peluang dan tunjuk ajar. Mungkin cara yang digunakan tu salah… tapi kita semua masih ada masa lagi kan untuk ubah masa depan anak bangsa sendiri??? Melalui cerita ni jugak, aku mula tersedar, sesetengah ibu bapa ni marah anak-anak die bukan sebab diaorang tak sayang, tapi diaorang tak tau atau silap cara nak ajar anak-anak… so anak-anak sekalian, kita pun kena juga memahami mereka ye… tidak boleh la 100% menyalahkan mereka sahaja…

No comments: