Wednesday, June 15, 2011

Tak la kuat sangat...

Kawan-kawan selalu cakap yang aku ni sangat-sangat kuat semangat.. ye ke??? Sebenarnya aku ni pun manusia biasa, tak kuat mana pun… korang jer yang tak Nampak bile masa aku nangis… tak kan la aku nak nangis depan korang??? Malu la aku..hehehe… mungkin aku boleh jadi sangat-sangat kuat kerana seorang insan ni, tapi aku juga boleh mengalirkan air mata kerana insan ini juga… ayah… rindunya dekat ayah… tempat yang pastinya aku tidak dapat tahan air mata aku dari megalir adalah di sini…





Di tempat ni, aku la manusia yang paling lemah. Aku la antara yang lain yang tidak mampu untuk menahan emosi dan air mata… mungkin selama hari ni aku tahan dan simpan jer tangisan kerinduan ni… mungkin juga hanya dengan tangisan ini sahaja aku mampu mengubat kerinduan ni…. Ape pun, buat kawan-kawan sekalian, aku bukanlah terlaku kuat tapi aku ingin jadi kuat seperti “Seteguh Sakinah”… tabah itu bukan bermakna kita tidak sedih, tapi cukuplah kita redha dengan segala ketentuan dan ujian yang telah Allah turunkan buat kita semua. Yakinlah bahawa setiap yang Allah jadikan itu tidak pernah sia-sia dan Dia lebih mengerti apa yang terbaik buat hamba-hambanya… so kawan-kawan yang disayangi,jangan pernah sesali apa yang telah berlaku tapi berusaha untuk berubah seandaiya kita salah dan terima segala ketentuan dengan hati yang tenang… tapi ingat, jangan hanya berserah… usaha tetap perlu bagi mencapai cita-cita dan mengubah masa depan bersesuain dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..insyAllah….

No comments: