Baru-baru ni kami sekeluarga pulang ke Rompin. Pergi kenduri rumah nenek Sa’diah. Nenek Sa’diah ni merupakan mak angkat kepada mak dan arwah ayah kami. Hubungan kami bagaikan satu keluarga. Seronok sangat apabila hubungan kami seperti tiada halangan tetapi masih terbatas dengan hukum syarak.
Awal pagi Jumaat lagi aku dah pun berkemas untuk balik ke KL. Aku saja balik awal supaya dapat rehat. Nanti tak la ngantuk sangat untuk drive balik Rompin. Boleh jugak tukar-tukar drive ngan mimi. Kesian dia, baru balik dari Ipoh dah nak kena drive balik Rompin pulak. Mulanya aku nak balik Rompin terus naik bas, tapi bila mak bagi tau yang mimi pergi Ipoh, aku terus tukar plan balik KL dulu. Tak sampai hati nak biar dia drive sorang-sorang.
Dalam pukul 12.00 tengah hari cam tu aku pun sampai rumah. Ingatkan nak rest, lupa pulak ada kerja yang aku tak siapkan lagi. Nak kena siapkan paper work untuk presentation. Emm.. ape lagi, kena la stay dulu untuk ari information. Sampai berair mata ni mengadap lap top. Dalam pukul 5 petang baru aku tido. Huhu…
Malam tu lepas mimi balik dari Ipoh, dia relex2 dulu.. sebenarnya kami layan maharaja lawak dulu.. our favorite reality show..hehe.. dah abis maharaja lawak dalam pukul 12.00 tu baru kami gerak balik Rompin. Berani sungguh anak dara ni balik tengah2 malam buta… isy3… naseb baik kami dilindungi Allah.. bukan ape, dah janji dengan nenek nak hantar rombongan pengantin lelaki esoknya, tu yang balik jugak malam tu…
Mimi mulakan pemanduan dari rumah… sampai je Negeri Sembilan (tak ingat daerah mana…) aku pun ambil alih drive kereta… Alhamdulillah selamat… tapi bermulanya kisah mistik (cewah..mistik la sangat…) apabila kami masuk ke satu daerah di Rompin ni (maaf xdapat nak nyatakan di mana)…. Kereta yang aku pandu dengan kelajuan biasa tiba-tiba jadi perlahan. Tiba-tiba je kereta tu jadi berat. Dah abis tekan minyak dah tapi still slow. Sampai lenguh giler la kaki aku ni.. aku pun Tanya mimi “kenapa berat ni mimi?”.. dengan selumber mimi pun jawab “entah la, mimi pun rasa berat…” … nak sedapkan hati, aku pun buat la kesimpulan, mungkin jalan ni kot, jalan lama…tu yang berat tu.. (padahal xda kaitan & xlogik langsung..hahahaha)… mimi pulak buat kesimpulan yang tayar pancit.. dengan beraninya, dengan xada sebuah kereta pun dekat situ, kami berdua turun la dari kereta untuk periksa tayar. Waktu tu pukul 2.00 lebih dekat-dekat pukul 3.00 klu x silap… yang peliknye, keempat-empat tayar ok jer… kami mula rasa xsedap hati dan meremang bulu roma. Tapi muka masing-masing budget cool je… masuk je dalam kereta, masing-masing melayan perasaan sambil menghayati bacaan yassin… time ni kereta dah tak berat dah… sedap la aku memecut time tu.. (memecut la sangat, padahal 80 jer…)
Tiba-tiba, masuk jer daerah baru aku dengar bunyi angin. Sedangkan semua tingkap tutup rapat dan aku jer yang dengar.. semua orang dalam kereta tu tak dengar pun. Mimi pula ingat aku ni mengantuk. Siap offer nak tukar drive lagi. Tapi aku ok je… aku pun Tanya la mak, mak bukak tingkap ke?? Mak cakap tak.. memang kuat pun angina kat luar tu.. pelik giler.. lama-lama lepas tu, bunyi angina tu pun hilang. Aku buat tak tau aje la, malas nak layan perasaan sangat. Maklumla, memang time ‘benda-benda’ macam tu keluar pun. Area pukul 3.00 pagi macam tu.
Kami teruskan perjalanan seperti biasa. Ah tak jauh dah, dalam 45 minit lagi sampai la ke rumah nenek. Sedang seronok kami sekeluarga berborak dan bergurau, tiba-tiba terlintas seekor makhluk Allah yang digelar memerang ni… aku pun elak la… elak punya elak, steering kereta tak dapat nak kawal. Dah paling kuat dah aku pegang steering tu tak nak bagi belok sana sini. Mimi pun tolong pegang jugak tapi tak mampu. Macam ada benda lain yang kawal steering tu… kesian mak, sampai terjatuh ke tempat pemijak.. minta maaf mak… sampaila kereta tu terkawal semula selepas kami semua menjerit “Allah hu akbar!!!!”… Alhamdulillah kereta dapat di kawal semula. Aku rasa macam Allah tu bagi kami semua peluang hidup yang kedua. Mujurlah taka da kereta lain waktu tu, kalau tak mesti dah berlanggar dengan diaorang dan kami pun… nauzubillah!! Minta dijauhkan…
Tepat pukul 4.00 pagi, kami selamat sampai di rumah nenek. Seronok rasanya dapat jumpa nenek. Kami tiga beradik siap berebut nak tidur sebelah nenek. Tapi, sebagai kakak yang baik (baik la sangat…) kami pun beralah la..kami bagi peluang adik kami yang bongsu lagi manja untuk tidur sebelah nenek. Ye lah, dia rindu nenek sangat-sangat…kami bagi chance la..hehehe
Lepas subuh tu, kami pergi ke rumah mak cik (kakak angkat mak dan arwah ayah)… Mak cik sangat-sangat baik dengan keluarga kami. Mak cik merupakan jiran terdekat kami sewaktu kami menetap di Rompin. ingat lagi kenangan dulu, waktu ayah sakit teruk. Setiap pagi sebelum mak cik pergi kerja, dia mesti akan ke rumah untuk bertanya akan keadaan ayah. Baik sungguh mak cik. Tak dapat kami balas jasa mak cik. Doaku, moga mak cik cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk menempuhi kehidupan ini… kami sayang mak cik… kat rumah mak cik, dapat juga kami tengok rumah lama kami… macam-macam kenangan kat situ.. paling tak dapat lupakan kenangan dengan ayah.. rindunya dekat ayah… hurmm… semua tu tinggal kenangan ajer…moga ayah aman di sana… emm..kembali kepada cerita…. Kami pun cerita la perkara aneh (aneh la jugak…) yang berlaku semalam tu dekat mak cik. Mak cik ni ada ilmu sikit dengan alam ghaib ni… memang terkejut la bila mak cik cakap yang “benda tu” yang kacau kami sekeluarga semalam…hehehe…scary la jugak… rupa-rupanya, kereta jadi berat sebab “tutttt” bergayut kat kereta… angina tu “tutttt” yang tiup kat telinga aku dan yang melintas tu pun mungkin “tuttt” yang menjelma… sebab tu steering kami tak dapat dikawal… aku rasa mungkin die jgak kot yang kawal steering tu…isyyy…nasib baik la kami semua selamat…Alhamdulillah…
Pesanan buat diriku dan mimi ku sayang, lepas ni kita jangan la buat berani sangat pergi jalan jauh-jauh tengah malam yer..hehehe.. mak cik pun ada pesan, bila benda-benda pelik berlaku time kita drive tengah malam, jangan sesekali buka tingkap atau keluar dari kereta macam yang kami buat… tapi tetap teruskan perjalanan dan jangan lupa Allah… BERHATI-HATI DI JALAN RAYA YE SEMUA
No comments:
Post a Comment