~Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita~
Friday, February 3, 2012
Sampai bila???
Shoud I tell u everything?
Thursday, February 2, 2012
Suka-suki
Monday, January 30, 2012
Surat untuk bakal suamiku....
Alhamdulillah...
- Dulu, aku susah sangat nak berjalan jauh dan naik tangga yang tinggi. Tapi sekarang, alhamdulillah aku dah mampu berlari anak menaiki tangga. Penat n ketar kaki sikit2 tu ada la bila naik tangga yang tinggi, orang normal pun camtu jgak kn??? hehe
- Dulu, langkah aku selalu terhenti sebab aku tiba2 tak rasa kaki aku ni. Kadang2 jadi lembik dan aku akan terduduk terus ke lantai. So aku kena hold dalam 2-3 minit macam tu, baru la aku boleh berjalan semula. Boleh dikatakan setiap hari akan jadi macam tu. Tapi sekarang, alhamdulillah aku dah tak alaminya lagi. Aku boleh berjalan dengan lancar tanpa halangan. :)
- Dulu, aku tak mampu angkat kaki aku ni tinggi2.... Kalau nak berwuduk memang susah, tak dapat nak gosok kaki ni betul2, just alirkan air camtu je. Nak pakai seluar pun kena duduk tau. Kalau nak berdiri pun boleh, tapi aku kena tunduk lebih sikit untuk masukkan seluar kat kaki sebab ability untuk angkat kaki memang tak de. Tapi sekarang, alhamdulillah, aku dah mampu angkat kaki ni. Aku dah boleh berwuduk dan pakai seluar cara orang normal...hehe...cuma kadang2 tu aku still nak pakai seluar cara lama sebab dah terbiase...hehe
- Seumur hidup aku, aku susah nak duduk bersila dari dulu. Tak sampai 5 minit pun, aku dah tak boleh tahan sakit kat kaki dan pinggang aku. Dan baru2 ni, aku mampu duduk bersila selama setengah jam! Alhamdulillah, nikmatnya rasa dan di situ menitislah tangisan kesyukuran mak di masjid.
- Untuk terakhirnya, darjah lordosis aku juga telah berkurang. Dulu, terasa sangat tidak selesa untuk bergerak dan pasti akan rasa sakit bila aku banyak bergerak atau buat kerja berat. Alhamdulillah setelah darjah lordosis aku ni berkurang, aku makin mudah bergerak walaupun masih terasa sakit, tapi ia cukup melegakan kerana peritnya dah berkurang.


Thursday, January 19, 2012
Voucer memberi jawapan
Thursday, September 15, 2011
Akak, macam mana akak boleh sabar?
“Akak, macam mana akak boleh sabar?” Ni la soalan yang ditanya oleh seorang junior sekolah aku dulu. Dan hampir semua yang aku kenali, pasti akan tanya soalan yang sama atau lebih kurang sama. Sukar untuk aku jelaskan bagaimana, tapi inilah sedikit cara yang aku lakukan untuk mendidik hati aku untuk bersabar dengan setiap musibah yang menimpa. Insya-Allah…
1. Selalunya, bila aku ditimpa musibah, saat itu jugalah air mata aku akan mengalir bersama istighfar. Tangisan itu bukanlah untuk mengeluh atas ujian yang diberikan, tapi sebagai pemangkin semangat untuk kita tetap teruskan kehidupan ini. Lepas je nangis, insy-Allah semuanya akan lega kerana fikiran kita akan lebih terbuka ketika itu setelah semua rasa sedih itu dilepaskan.
2. Apabila ujian menimpa diriku, aku akan terkenagkan insan-insan yang jauh lebih tabah dari aku… mak, ayah, mimi… mereka menerima lebih banyak dugaan dari aku. Jadi, mengapa harus aku mengalah dengan takdir yang menimpa diri ni?
3. Sedetik aku diuji. aku akan cuba untuk terus senyum. Saat itu, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Aku sebagai hambanya tidak layak untuk menolak sedikit pun kekuasaan-Nya terhadap diriku. Pinjaman insan yang aku sayang, pinjaman nikmat kesihatan yang sementara itu semuanya milik-Nya. Dia berhak untuk mengambilnya pada bila-bila masa. Siapa aku untuk menghalangnya? Aku juga akan kembali pada-Nya suatu hari nanti…
4. Apabila diuji, fikirlah dengan lebih positif. Allah itu hanya turunkan ujian pada insan pilihan-Nya sahaja, dan hanya kepada hambanya yang mampu sahaja. Mana mungkin Allah akan menguji diriku sekiranya aku tidak mampu hadapinya? Kita juga harus sentiasa terapkan di dalam hati, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan nanti. Hanya Allah tahu rahsia tersembunyi disebalik aturan hebat-Nya.
5. Apabila kita menjadi terlalu lemah untuk bangkit dari dugaan ini, pergilah menunaikan solat hajat, bacalah Quran… Saat itu, air mata keinsafan pasti akan mengiringi. Kita akan lebih sedar akan diri kita yang jauh lebih kecil kuasanya dari Yang Maha Esa. Kita pasti akan patuh dan tunduk pada-Nya lalu akur dengan segala ketentuan-Nya.
6. Kalau hati kita rasa sakit, nagislah sepuas hati. Tangisan tu tak bermakna kita lemah. Nak lagi feel, nangis sambil dengar lagu2 yang boleh naikkan semangat kita. Jangan sesekali dengar lagu yang boleh meruntuhkan lagi semangat kita. Contohnya, bila mood malas study aku dating, aku akan cuba pujuk hati aku dengan dengar lagu dr cerita My Girl. Pastu, aku akan bisikkan kat dalam diri, aku kena jadi kuat macam Yoo Rin. Lepas tu, aku mesti akan diMOTIVATED semula…hehe
Rasanya tu je kot benda2 yang aku lakukan untuk menenagkan diri ni disaat ujian menimpa… Setiap orang berbeza caranya, tp why not kita mencuba kan? So, hopefully ni dah cukup untuk menjawab persoalan adik2 junior aku dan yang lain2.. Yakinlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan jangan pernah takut akan perancangan-Nya…






.jpg)





