Wednesday, June 15, 2011

Tak la kuat sangat...

Kawan-kawan selalu cakap yang aku ni sangat-sangat kuat semangat.. ye ke??? Sebenarnya aku ni pun manusia biasa, tak kuat mana pun… korang jer yang tak Nampak bile masa aku nangis… tak kan la aku nak nangis depan korang??? Malu la aku..hehehe… mungkin aku boleh jadi sangat-sangat kuat kerana seorang insan ni, tapi aku juga boleh mengalirkan air mata kerana insan ini juga… ayah… rindunya dekat ayah… tempat yang pastinya aku tidak dapat tahan air mata aku dari megalir adalah di sini…





Di tempat ni, aku la manusia yang paling lemah. Aku la antara yang lain yang tidak mampu untuk menahan emosi dan air mata… mungkin selama hari ni aku tahan dan simpan jer tangisan kerinduan ni… mungkin juga hanya dengan tangisan ini sahaja aku mampu mengubat kerinduan ni…. Ape pun, buat kawan-kawan sekalian, aku bukanlah terlaku kuat tapi aku ingin jadi kuat seperti “Seteguh Sakinah”… tabah itu bukan bermakna kita tidak sedih, tapi cukuplah kita redha dengan segala ketentuan dan ujian yang telah Allah turunkan buat kita semua. Yakinlah bahawa setiap yang Allah jadikan itu tidak pernah sia-sia dan Dia lebih mengerti apa yang terbaik buat hamba-hambanya… so kawan-kawan yang disayangi,jangan pernah sesali apa yang telah berlaku tapi berusaha untuk berubah seandaiya kita salah dan terima segala ketentuan dengan hati yang tenang… tapi ingat, jangan hanya berserah… usaha tetap perlu bagi mencapai cita-cita dan mengubah masa depan bersesuain dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..insyAllah….

Kepulangan yang berbeza...

Baru-baru ni kami sekeluarga pulang ke Rompin. Pergi kenduri rumah nenek Sa’diah. Nenek Sa’diah ni merupakan mak angkat kepada mak dan arwah ayah kami. Hubungan kami bagaikan satu keluarga. Seronok sangat apabila hubungan kami seperti tiada halangan tetapi masih terbatas dengan hukum syarak.
Awal pagi Jumaat lagi aku dah pun berkemas untuk balik ke KL. Aku saja balik awal supaya dapat rehat. Nanti tak la ngantuk sangat untuk drive balik Rompin. Boleh jugak tukar-tukar drive ngan mimi. Kesian dia, baru balik dari Ipoh dah nak kena drive balik Rompin pulak. Mulanya aku nak balik Rompin terus naik bas, tapi bila mak bagi tau yang mimi pergi Ipoh, aku terus tukar plan balik KL dulu. Tak sampai hati nak biar dia drive sorang-sorang.

Dalam pukul 12.00 tengah hari cam tu aku pun sampai rumah. Ingatkan nak rest, lupa pulak ada kerja yang aku tak siapkan lagi. Nak kena siapkan paper work untuk presentation. Emm.. ape lagi, kena la stay dulu untuk ari information. Sampai berair mata ni mengadap lap top. Dalam pukul 5 petang baru aku tido. Huhu…

Malam tu lepas mimi balik dari Ipoh, dia relex2 dulu.. sebenarnya kami layan maharaja lawak dulu.. our favorite reality show..hehe.. dah abis maharaja lawak dalam pukul 12.00 tu baru kami gerak balik Rompin. Berani sungguh anak dara ni balik tengah2 malam buta… isy3… naseb baik kami dilindungi Allah.. bukan ape, dah janji dengan nenek nak hantar rombongan pengantin lelaki esoknya, tu yang balik jugak malam tu…

Mimi mulakan pemanduan dari rumah… sampai je Negeri Sembilan (tak ingat daerah mana…) aku pun ambil alih drive kereta… Alhamdulillah selamat… tapi bermulanya kisah mistik (cewah..mistik la sangat…) apabila kami masuk ke satu daerah di Rompin ni (maaf xdapat nak nyatakan di mana)…. Kereta yang aku pandu dengan kelajuan biasa tiba-tiba jadi perlahan. Tiba-tiba je kereta tu jadi berat. Dah abis tekan minyak dah tapi still slow. Sampai lenguh giler la kaki aku ni.. aku pun Tanya mimi “kenapa berat ni mimi?”.. dengan selumber mimi pun jawab “entah la, mimi pun rasa berat…” … nak sedapkan hati, aku pun buat la kesimpulan, mungkin jalan ni kot, jalan lama…tu yang berat tu.. (padahal xda kaitan & xlogik langsung..hahahaha)… mimi pulak buat kesimpulan yang tayar pancit.. dengan beraninya, dengan xada sebuah kereta pun dekat situ, kami berdua turun la dari kereta untuk periksa tayar. Waktu tu pukul 2.00 lebih dekat-dekat pukul 3.00 klu x silap… yang peliknye, keempat-empat tayar ok jer… kami mula rasa xsedap hati dan meremang bulu roma. Tapi muka masing-masing budget cool je… masuk je dalam kereta, masing-masing melayan perasaan sambil menghayati bacaan yassin… time ni kereta dah tak berat dah… sedap la aku memecut time tu.. (memecut la sangat, padahal 80 jer…)

Tiba-tiba, masuk jer daerah baru aku dengar bunyi angin. Sedangkan semua tingkap tutup rapat dan aku jer yang dengar.. semua orang dalam kereta tu tak dengar pun. Mimi pula ingat aku ni mengantuk. Siap offer nak tukar drive lagi. Tapi aku ok je… aku pun Tanya la mak, mak bukak tingkap ke?? Mak cakap tak.. memang kuat pun angina kat luar tu.. pelik giler.. lama-lama lepas tu, bunyi angina tu pun hilang. Aku buat tak tau aje la, malas nak layan perasaan sangat. Maklumla, memang time ‘benda-benda’ macam tu keluar pun. Area pukul 3.00 pagi macam tu.

Kami teruskan perjalanan seperti biasa. Ah tak jauh dah, dalam 45 minit lagi sampai la ke rumah nenek. Sedang seronok kami sekeluarga berborak dan bergurau, tiba-tiba terlintas seekor makhluk Allah yang digelar memerang ni… aku pun elak la… elak punya elak, steering kereta tak dapat nak kawal. Dah paling kuat dah aku pegang steering tu tak nak bagi belok sana sini. Mimi pun tolong pegang jugak tapi tak mampu. Macam ada benda lain yang kawal steering tu… kesian mak, sampai terjatuh ke tempat pemijak.. minta maaf mak… sampaila kereta tu terkawal semula selepas kami semua menjerit “Allah hu akbar!!!!”… Alhamdulillah kereta dapat di kawal semula. Aku rasa macam Allah tu bagi kami semua peluang hidup yang kedua. Mujurlah taka da kereta lain waktu tu, kalau tak mesti dah berlanggar dengan diaorang dan kami pun… nauzubillah!! Minta dijauhkan…

Tepat pukul 4.00 pagi, kami selamat sampai di rumah nenek. Seronok rasanya dapat jumpa nenek. Kami tiga beradik siap berebut nak tidur sebelah nenek. Tapi, sebagai kakak yang baik (baik la sangat…) kami pun beralah la..kami bagi peluang adik kami yang bongsu lagi manja untuk tidur sebelah nenek. Ye lah, dia rindu nenek sangat-sangat…kami bagi chance la..hehehe

Lepas subuh tu, kami pergi ke rumah mak cik (kakak angkat mak dan arwah ayah)… Mak cik sangat-sangat baik dengan keluarga kami. Mak cik merupakan jiran terdekat kami sewaktu kami menetap di Rompin. ingat lagi kenangan dulu, waktu ayah sakit teruk. Setiap pagi sebelum mak cik pergi kerja, dia mesti akan ke rumah untuk bertanya akan keadaan ayah. Baik sungguh mak cik. Tak dapat kami balas jasa mak cik. Doaku, moga mak cik cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk menempuhi kehidupan ini… kami sayang mak cik… kat rumah mak cik, dapat juga kami tengok rumah lama kami… macam-macam kenangan kat situ.. paling tak dapat lupakan kenangan dengan ayah.. rindunya dekat ayah… hurmm… semua tu tinggal kenangan ajer…moga ayah aman di sana… emm..kembali kepada cerita…. Kami pun cerita la perkara aneh (aneh la jugak…) yang berlaku semalam tu dekat mak cik. Mak cik ni ada ilmu sikit dengan alam ghaib ni… memang terkejut la bila mak cik cakap yang “benda tu” yang kacau kami sekeluarga semalam…hehehe…scary la jugak… rupa-rupanya, kereta jadi berat sebab “tutttt” bergayut kat kereta… angina tu “tutttt” yang tiup kat telinga aku dan yang melintas tu pun mungkin “tuttt” yang menjelma… sebab tu steering kami tak dapat dikawal… aku rasa mungkin die jgak kot yang kawal steering tu…isyyy…nasib baik la kami semua selamat…Alhamdulillah…

Pesanan buat diriku dan mimi ku sayang, lepas ni kita jangan la buat berani sangat pergi jalan jauh-jauh tengah malam yer..hehehe.. mak cik pun ada pesan, bila benda-benda pelik berlaku time kita drive tengah malam, jangan sesekali buka tingkap atau keluar dari kereta macam yang kami buat… tapi tetap teruskan perjalanan dan jangan lupa Allah… BERHATI-HATI DI JALAN RAYA YE SEMUA 

Thursday, February 3, 2011

Impian ku...

1. Abiskan diploma dengan jayanya...


2. Menjadi seorang 'wedding planner' yang berjaya..


3. Membuka sebuah butik pengantin yang gah..hehe..


4. Memiliki kereta idaman aku..yg insya-Allah akan kekal selagi tidak berubah hati..:p



5. Menghadiahkan mak rumah yang lebih selesa untuk mak tinggal dengan anak-anaknya :)


6. Pergi menunaikan haji satu family..


7. Meneruskan impian ayah utk bawak mak pergi melancong.. (^_^)

after diploma??

Assalamualaikum..
Wahai blog ku sayang..hehe..dh lame rasenya aku tak update blog nie.. maklumla, ni last year untuk aku habiskan diploma aku. Yelah, tiba2 aje pihak uitm pendekkan cuti sem kitaorg.. dalam setahun sahaja, kami perlu habiskan 3 sem.. so, mmg terkejar2 la utk final year ni.. pape pun aku harap semuanya akan berjalan lancar dan aku akan grad diploma ni pada waktunya.. aminnn…

Emm… lepas jer diploma ni, mesti ramai kawan2 aku akan meneruskan perjuangan mereka ke peringkat degree dan seterusnya.. macam mana pula dengan aku?? Aku masih keliru dengan perancangan aku.. tapi aku yakin, hasil idea kakak pasti tidak akan mengecewakan aku.. terima kasih mimi kerana sentiasa memberikan idea yang terbaik dan sokongan yang tanpa henti. Apa perancangan tu ye?? Curious je nak tau kan..hehe.. ni perancangan kecil jer, tapi kalau berusaha dengan gigih, pasti akan membuahkan hasil sehingga mampu membuka semua mata dan pemikiran orang ramai..hehe..kononnya..

Walau ape pun, manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Walau hebat mana pun perancangan manusia itu, tapi tanpa lafaz “kun fayakun” dari Maha Pencipta, segalanya pasti tidak akan berlaku.. segalanya aku berserah hanya pada kekasih abadiku.. dan buat semua sahabat2 sekalian, moga cita2 kita smua akan tercapai n berjaya dunia akhirat...aminnn.. kita punyai destinasi yang berbeza, dan pastinya hasilnya juga akan berbeza. teruskan usaha dan perjuangan kalian kerana perjuangan itu tidak akan pernah habis selagi kita bergelar khalifah Allah di muka bumi ini.. :))

lot of luv..ukhuwah fillah <3

Wednesday, November 10, 2010

Maher Zain - Insya Allah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


SeredupSakinah : emm.. lagu ni pemberi semangat aku.. kalau aku mula rasa sedih, aku akan dengar lagu ni.. then, aku akan ingat Allah dan hati aku akan jadi tenang. Sesungguhnya, hati itu akan menjadi tenang bila hati ini mengingati Tuhan..yup, walau ape pn berlaku, cari lah Allah.. di situ ada jawapannya dan di situ ada ketenangan yang kita cari selama ni.. insya Allah...

Dakmi - Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku rasa indah


SeredupSakinah : Emm..sbnrnyer tak tau nak ckp pe ttg lirik lagu ni..tapi yg penting aku suke la.. hehe.. mgkn sbb lagu ni cam tenang n hapi jer bile dgr.. n mgkn sbb aku ske tgk cite Adam Maya kot..huhu~~ pape pn, tiada yang sempurna kat dunia ni. jadikan perbezaan antara kita dan orang sekeliling sebagai pelengkap.. jgn mengharapkan orang lain utk memahami diri kita saje tapi cuba memahami sikap manusia yang berbeza...cewah..ni nasihat utk org yg mnulis jgak..dok sensitif jer memanjang..huhu

Azzam - Kekasihku

Padamu kuharap
Kau hadir dalam hariku
Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu...
Setiap masa
Seolah ada di sisi
Kasih padamu takkan pernah padam

Sayangku hanya engkau di hati
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu
Oh belaianmu...

Kasih kita ditakdirkan
Bersama takkan engkau ku persiakan
Walau terkadang hatimu dah terusik olehku

Selagi ada nyawa seluruh daya
Kan ku pastikan kau gembira
Segala cinta dan saat bahagia
Oh ibu...ke akhir hayatku...


SeredupSakinah : Emm.. kadang2 sedih dgr lagu ni n lagu ni pn smgt utk aku.. semangat utk aku terus belajar demi mak..emm.. aku kena lakukan yg terbaik!! Diploma- Degree-Lecturer!!!-Master.. tp lagu ni jgak buat aku rindu kat mak..hwa~~~